Saturday, September 19, 2020

Pengkaji Dark Matter, Dark Energy dan Supernova

 

Para pengkaji astrofizik menyatakan bahawa universe adalah terdiri dari dua komponen besar iaitu dark matter dan dark energy. Komposisi dark energey meliputi sekitar 71% manakala dark matter pula sekitar 24% dari kandungan universe. Selebihnya adalah kandungan atom. 

Pengkajian dan penemuan mengenai dark matter dan dark energy adalah suatu yang agak baru. Antara nama tokoh pengkaji mengenai DM dan DE ialah Saul Perlmutter (b.1959). Beliau merupakan pengkaji dan professor di dua buah  institusi iaitu Lawrence Berkeley National Laboratory dan University of California. Perlmutter memperolehi phd pada 1986. Perlmutter mengetuai projek yang dinamakan Supernova Cosmology Project. Seramai tiga puluh tiga pengkaji terlibat dalam kajian Supernova di California.

UC and Berkeley Lab (source - vcresearch)

Ada sebuah lagi kajian yang serupa yang sedang berjalan iaitu oleh High-Z Supernova Team. Kajian ini diketuai oleh Brian Schmidt (b.1967). Beliau merupakan post-doctoral di Harvard University. Team beliau melibatkan seramai dua puloh enam pengkaji.

Penemuan daripada dua buah pasukan pengkaji ini merumus dapatan yang sama iaitu universe mengalami proses ekspansi dengan kadaran yang semakin bertambah deras.

[They suggest that the fate of the universe is to just keep expanding, faster and faster].

Senarai nama saintis lain yang terlibat dengan kajian supernova boleh baca di sini - yale.

- - - - -


No comments: