Tuesday, August 29, 2006

Teodolit Topcon 1977 dan 1978

 

Syarikat peralat ukur Topcon yang berpusat di Jepun memulakan bisnes alat ukur pada tahun 1932. Pada awalnya fokus mereka adalah alat ukur untuk kegunaan militari. Pada period awal tersebut Topcon mengeluar peralatan transit sahaja (sekarang dikenali sebagai teodolit). Baca - topcon

Menjelang 1965 barulah Topcon mula mengeluar alat teodolit model TL-10A dan model TL-20 pada 1967m. Seterusnya pada 1972 muncul pula model TL-10B dan TL-20S. Pada tahun 1977 Topcon mula mengeluarkan teodolit Model TL series. Pada tahun berikutnya, 1978, lebih banyak model baru dikeluarkan iaitu model AG-20P dan AG-30P.


      

Teodolit Topcon Series TL (1977) dan AG30-P (1978)

- - - - -

Subjek Astronomi

Pertama kali belajar subjek astronomi adalah ketika T2. Subjek astronomi dalam ukur ini bukanlah seperti astronomi dalam bidang sains atau fizik. Astronomi dalam ukur adalah berkaitan dengan astronomi geodetic iaitu bagi digunapakai dalam penentudukan. Pada peringkat dut fokusnya adalah untuk kegunaan cerapan matahari bagi menghitung azimuth. Secara khususnya amalan pemakaian cerapan matahari adalah untuk kegunaan dalam kerja ukur kadaster.

Satu perkara yang menarik dalam subjek astronomi ialah tentang sferikal astronomi. Tiga sudut dalam segitiga astronomi tidak lagi menepati 180 darjah. Lebihan tersebut dalam astronomi amaunnya sekitar beberapa saat dan mungkin juga beberapa minit dan saat. Dalam subjek astronomi lebihan tersebut dipanggil spherical excess.

Pensyarah yang mengajar Astronomi ialah Encik SI lulusan dari NELP dan Oxon. 

- - - - -

 

Friday, August 25, 2006

Kerja Amali T2

 

Ada dua kerja amali teras yang terlibat pada T2 iaitu amali untuk subjek ukur kejuruteraan dan ukur kadaster. Bagi kerja ukur kejuruteraan lokasi kerja ialah di Taman Tasik KL. Manakala ukur kadaster dijalankan di lot-lot tanah sekitar Kampung Ulu Kelang. 

Rutin amali dimulakan dengan mendaftar kedatangandi Makmal Ukur seawal 6.30 pagi. Staf yang bertugas waktu itu ialah Mr Bala, Encik Shafie dan Encik Tenuri. Mr Bala bertubuh besar. Dia seorang penganut Hindu yang kuat. Meja beliau penuh ditampal dengan kalendar dan beberapa keping gambar patung Hindu. Bila ada waktu lapang dia akan baca kitab kecil Hindu. Encik Shafie dan Tenuri amat baik orangnya. Bercakap lembut dan senang berurusan.

Siap mendaftar kedatangan pelajar ambil giliran pula untuk mengambil dan memeriksa segala peralatan amali. Siap semuanya maka bergerak ke tempat kerja dengan menaiki bas UTM. Beberapa nama pemndu bas yang diingat ialah Pak Ali dan Wak Jalal.

Kerja amali akan berjalan hingga sekita jam 11.30 pagi. Apabila siap kerja bas sudah siap menunggu. Sampai semula ke Makmal ukur untuk urusan memulang peralatan sekitar sejam  selepas bas bergerak dari tempat kerja.

Teodolit Vernier

- - - - -


Teodolit Vernier version lama

- - - - -

Monday, August 21, 2006

Teodolit Wild T2 dan dan Distomat DI4 1977

 

Wild menghasilkan peralatan teodolit T2 yang boleh diganding bersama komponen pengukuran jarak. Teodolit T2 merupakan jenis opto-mechanical dan boleh dipakai bersama Wild Distomat DI4 untuk mengukur jarak secara elektronik. Peralatan ini dikeluar pada period 1976-1979. Kalau ia dikeluar oleh Wild pada 1976 maka di Malaysia paling cepat ia dipasarkan lima atau enam tahun kemudian.

Sumber - dehilster.

Wild T2 diganding dengan Distomat DI4

- - - - -  

Pelajar T2 yang memohon tinggal di asrama tidak lagi mendapat kediaman di blok asrama dalam kampus. Sebaliknya tinggal di asrama luar kolej iaitu di Flat PKNS Pasar Minggu Kpg Baru. Setiap unit ada tiga bilik, dua bilik muat tiga orang dan satu bilik kecil untuk seorang. Maknaya setiap unit didiami oleh tujuh pelajar. 

Kebetulan semua teman seunit yang adalah dari kursus yang sama. Tinggal mendiami Bilik 1 bersama dua rakan sekelas iaitu Kunji (dari Sg Siput) dan Mahyani (dari Kedah, kini sudah pun arwah, Al-Fatihah kepada arwah). Bilik 2 pula dihuni oleh Alwi Hassan (dari Port Kelang), Razali juga dari Selangor dan seorang lagi lupa pulak nama beliau. Bilik single dihuni oleh pelajar senior tahun akhir ijazah bernama Ambok. 

- - - - -.


Monday, August 14, 2006

Wild RDS Self Reducing Tacheometer (1977)

 

Salah satu peralatan yang membantu bayak kerja ukur kejuruteraan khususnya untuk tujuan kontor ialah Wild Self Reducing Tacheometer (RDS). Menurut Wild peralatan RDS telah mula dikeluar sejak 1950. Peralatan teodolit RDS berakhir pengeluarannya pada 1989. Pemakaian alat RDS dapat menjimat banyak masa kerja lapangan kerana dapat menyelsaikan pengukuran jarak dan ketinggian secara serentak.


Teodolit Wild RDS (source - wild)

 

Manual RDS


View tingkap bacaan RDS

source - nova scotia surveyor (link)

- - - - -

Topik ukur tacheometry menggunakan RDS merupakan satu topik dalam ukur kejuruteraan T2. Apabila melakukan amali di padang peralatan Wild RDS akan digunakan. Kerja amalinya dilakukan di sekitar Taman Tasik KL.

- - - - -

Friday, August 11, 2006

Setem Pos Malaysia Tahun 1977

 

Sepanjang tahun 1977 cuma ada empat keluaran setem baru:

14 Januari: In Menory of the late Tun Haji Abdul Razak (3rd Malaysian Plan)

7 July: 25th Anniversary of the Federal Land Development Authority (FELDA)

8 August: 10th Anniversary of Association of Southeast Asian Nations

19 November: 9th Southeast Asian Games

Setem 10th Anniversary of ASEAN (1977)

source - kajang stamps bspot

- - - - -

Antara pengajar yang terlibat mengajar subjek pada T2 adalah Encik Megat Sufian (ukur kejuteraan), Tuan Syed Hussein dari Jupem (ukur kadaster), Encik Mathar (ukur perhitungan), Encik Latif  (astronomi) dan Encik Shabudin (geodesi). Pengajian agama pula oleh Tuan Ustaz Fadzil Nor dan Pengajian Malaysia oleh pensyarah wanita Paimah Atoma.

- - - - -

Wednesday, August 9, 2006

Pengajian T2 - Buku Land Surveying (Ramsay Wilson)

 

Pada pertengahan tahun 70-an buku Land Surveying oleh Ramsay Wilson amat popular diguna sebagai rujukan.

  

Land Surveying oleh Ramsay Wilson

- - - - -

Tidak lama selepas keputusan peperiksaan ulangan diumum maka bermulalah pendaftaran pelajar senior menyambung pengajian. Bermulalah T2 dut. Beberapa rakan dari kelas T1 tidak lagi bersama. Ada mereka yang terpaksa mengulang semula pengajian T1. Ada juga yang terpaksa meninggalkan pengajian kerana terkandas. Termasuk juga mereka yang dalam kategori mengulang T1 namun terkandas buat kali kedua. Termasuk dalam kategori ini ialah dua rakan yang bersama praktikal di Batu Gajah.

Subjek pada T2 akan memfokus terus kepada bidang ukur tanah. Subjek seperti ukur kejuruteraan, ukur kadaster, geodesi, astronomi dan ukur perhitungan menjadi teras. Namun subjek matematik masih kekal ada. Matematik T2 diajar oleh Tuan Ramli Saleh. Beliau datang ke kelas dengan membawa sebatang kapur saja. Sepanjang mengajar beliau menconteng papan hijau tanpa melihat sebarang nota rujukan. Hebat. 

mm

- - - - -  

Sunday, August 6, 2006

Pengukuran Levelling Dengan Alat Aras

 

Satu kerja ukur penting yang didedahkan kepada pelajar ukur sejak dari tahun pertama ialah ukur aras. Objektif ukur aras ialah untuk mendapatkan ketinggian aras sesuatu poin di atas tanah. Pada sekitar pertengahan tahun 70-an ada dua jenis alat aras iaitu Dumpy Level dan Tilting Level. 

Apabila membuat kerja alat aras tersebut di bawa ke site dan dipikul bersama kotak bekas menyimpannya. Pada ketika itu kotak tersebut masih dibuat dari kayu. Maka beratlah juga memikulnya ke tempat kerja. 


Dumpy Level

- - - - -


Tilting Level

- - - - - 

Dengan selesainya menduduki kertas ulangan M1 dan M2 maka tamatlah pengajian T1 dut. Tak dapat nak ingat macam mana suasana ketika peperiksaan ulangan tersebut. Mengah jugalah kot kerana duduk menjawab dua kertas. Namun itu menjadi pengalaman dan pengajaran yang berguna. Bila keputusan diumumkan alhamdulillah lulus kedua-dua kertas. Maka sudah boleh bersedia untuk pengajian T2 pulak.

- - - - -

Saturday, August 5, 2006

Tesis Geodetik Germany 1976-1977

 

Pada sekitar tahun 1976-1977 beberapa lagi tesis geodetik dilaksana dengan jaya oleh para akademik German. Antaranya adalah:

Lothar Grundig (1976) Die Berechnung vorgespannter Seil- und Hängenetze unter Berücksichtigung ihrer topologischen und physi- kalischen Eigenschaften und der Ausgleichungsrechnung. Grundig born in 1944. He is a professor at TU Berlin since 1988. Link - zams 2017.

Serif Hekimoglu (1976) Absolute und relative Erdgezeiten-Analyse mit Schwebungsparametern und spektraler Darstellung des Störsignals. He is a emeritus professor at Yildiz. (Link)

 Karl-Heinz Ilk (1977) TU Munich "Berechnung von Referenzbahnen durch Lösung selbstadjungierter Randwertaufgaben". He is a emeritus professor at Bonn Uni since 2009 (link); professor at Bonn 1995-2009; at TUM 1978-95.

Gunter Wolfgang Hein (1977) Die Berechnung von anomalen vertikalen Schweregradienten hoher Präzision. GW Hein is a emeritus professor at UBM (Link).


Karl-Heinz Ilk

- - - - -

Menjelang tamat sesi latihan praktikal terima notis bahawa peperiksaan semula untuk dua kertas iaitu M1 dan M2. Maka tanpa berlengah masa bermula usaha untuk mengulang kaji subjek tersebut. Satu ingatan yang dapat diambil ialah janganlah ambil mudah dalam apa subjek pun. Semuanya perlu diberi perhatian. Lebih-lebih lagi subjek yang melibatkan hitungan dan formula. Maka mesti buat ulangkaji dan membuat latihan semula contoh hitungan berkenaan.

Memang ramai yang mengulang peperiksaan M1 dan M2. Ada yang mengulang ambil salah satu dan beberapa calun mengulang kedua-duanya. M1 dan M2 juga turut menjadi sebab pelajar terus tercicir dari pengajian. Antara yang jatuh dalam kumpulan ini ialah dua rakan yang turt membuat latihan praktikal di BG.

- - - - - -