Friday, November 18, 2022

Zuriat Sultan Ahmadin Warisi Takhta Perak


Buku CS m/s 31.

Ruang Mart Kedai Muslim Kitchen SR

- - - - -

Tuesday, November 15, 2022

Sultan Perak ke18 - Sultan Ahmaddin Syah (1786-1806)


Dilantik sebagai Sultan Perak ke-18 ialah Raja Bongsu yang disebut juga Raja Cik bin Sultan Muhammad Syah. Beliau adalah adik kepada Sultan sebelum ini iaitu Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Perak ke-17). Gelaran beliau ialah Sultan Ahmaddin Syah.

Pada awal period pemerintahan beliau iaitu pada 1786 British telah membuka Pulau Pinang. Akibatnya pengaruh dan perniagaan bijih timah Belanda di Perak telah merosot teruk. Pada tahun 1795 pula Melaka telah diambil oleh Inggeris dari tangan kompeni Belanda. Pada tahun yang sama British telah menghantar pasukan kecil askar ke Perak dan memaksa Belanda menyerahkan kota Belanda di Tanjung Putus kepada mereka. Maka berakhirlah penguasaan bijih timah Perak oleh Belanda.

Pada 1805 Sultan Ibrahim, Sultan Selangor pula datang menyerang Perak. Mereka berjaya mengalahkan Perak dan Sultan Ahmaddin terpaksa berundur ke hulu iaitu ke Kuala Pelus (masih dalam daerah Kuala Kangsar). Sultan Selangor kemudiannya telah menulis kepada British Pulau Pinang supaya jangan masuk ke Perak.

Pada tahun 1806 Sultan Ahmaddin Syah telah tersangat tua dan mangkat di Cegar Galah. Beliau telah dibawa balik ke Bota dan dimakamkan di sana. Gelaran beliau ialah Marhum Bongsu. Makam Marhum Bongsu berdekatan dengan makam Marhum Mangkat Di Darat (i.e., Sultan Perak ke-5. link).

Kedai Halal Muslim Kitchen SR

- - - - -

Saturday, November 12, 2022

CS - Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (1773-1786)


Catatan tentang dari buku CS m/surat 31.

Semasa Sultan Alauddin naik takhta beliau melantik Raja Chulan sebagai Raja Muda dari jawatan asal Raja Bendahara. Keadaan ekonomi Perak mula merosot berbanding zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain. Sultan Alauddin Mansur mengamal dasar pro-Belanda dan langkah tersebut telah mengancam kestabilan politik Perak. Keadaan menjadi tambah kusut bila mana penyeludupan bijih timah dan candu semakin menjadi-jadi. Waris negeri dan pembesar Perak juga turut terlibat dalam sindikan penyeludupan tersebut.

Pemerintah negeri jiran Kedah pula (Sultan Muhammad Jiwa dan anak baginda Raja Abdullah) bertindak menguasai kawasan sempadan Batu Kawan dan Kerian. Di pantai negeri Perak pula puak lanun yang dilakukan oleh anak Raja Salahuddin Selangor semakin berleluasa. Sultan Alauddin juga menghadapi saingan dari Sultan Muda Ahmadin yang kurang menghormati baginda Sultan.

Sultan Alauddin mangkat pada 1786. Beliau diganti oleh Sultan Muda Ahmadin Syah. 

Kedai farmasi di SR

- - - - -

Wednesday, November 9, 2022

Sultan Perak ke17 - Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (1773-1786)


Setelah mangkat Sultan Mahmud Syah (Sultan Perak ke-16), Marhum Muda iaitu adik beliau, Raja Alauddin ibni Sultan Muhammad Syah telah diangkat sebagai pengganti. Raja Alauddin memakai gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda. Beliau awalnya bersemayam di Pulau Indera Sakti namun kemudian berpindah ke tempat bernama Rantau Panjang. Nama tersebut kemudian menjadi Rantau Panjang Indera Mulia.

Detik British bermula dengan kunjungan seorang bernama Kaptain Forest dari Penang pada 1783. Beliau melawat Perak sambil meninjau gudang Belanda di Tanjung Putus, Teluk Anson. Kemudian Kaptain Forest singgah berkunjung berjumpa Sultan Alauddin sebagai tanda hormat. Beliau memberi hadiah kain sutera buatan Benggala. Sultan pula menghadiahkan buahan yang dimuat ke kapal Kaptain Frost.

Pada 1786 British membuka Pulau Pinang. Pada tahun yang sama Belanda datang semula ke Perak meneruskan niaga bijih timah dengan negeri Perak.

Sultan Alauddin Mansur Syah meninggal dunia pada 1786. Beliau dimakamkan di Teluk Memali dengan gelaran Marhum Sulung.

Lagi deretan gerai SR

- - - - -

Sunday, November 6, 2022

CS - Sultan Mahmud Syah dan Raja Lumu Selangor


Sedikit catatan mengenai Sultan Mahmud Syah dari buku CS m/surat 31.

Sultan Mahmud Syah naik takhta Perak pada 1765 selepas kemangkatan abang beliau Marhum Sultan Iskandar Zulkarnain. Sultan Mahmud Syah berikutnya melantik adiknya yang memegang jawatan Raja Bendahara sebagai Raja Muda. Raja Chulan pula dilantik sebagai Raja Bendahara. Dari sudut diplomasi Sultan Iskandar Zulkarnaini menjalin hubungan rapat dengan istana Selangor. Pada 1766 Sultan MS menobatkan Raja Lumu yang berketurunan Bugis sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salahuddin Syah. Hubungan dengan istana Selangor menyebabkan SMS mengubah dasar luarnya kepada pro-Bugis dan anti-Belanda.


Deretan gerai makan pagi hari SR

- - - - -

Thursday, November 3, 2022

Sultan Perak ke16 - Sultan Mahmud Syah (1765-1773)


Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Zulkarnain adik beliau yang bernama Raja Kimas telah diangkat sebagai Sultan Perak ke-16. Beliau memakai gelaran Sultan Mahmud Syah. Pada awalnya beliau bersemayam di Pulau Cempaka Sari. Namun kemudian beliau berpindah bersemayam di Pasir Puali Indera Mulia. Lokasinya tidak berapa jauh dari Pulau Cempaka Sari atau nama barunya Pulau Indera Sakti. 

Period pemerintahan Sultan Mahmud Shah menyaksikan kedatangan dan campur tangan Bugis di Perak. Seorang panglima Bugis dari Riau yang bernama Raja Haji telah datang ke Perak bersama abang beliau Raja Lumu. Raja Lumu juga telah beristeri dengan seorang puteri Raja Perak dan Sultan Mahmud memberi beliau gelaran Sultan Salehuddin Shah.

Sultan Mahmud Syah mangkat pada 1773 dan dimakam di Teluk Memali, Pulau Besar iaitu agak jauh dari tebing Sungai Perak. Gelaran beliau ialah Marhum Muda.

Baca juga catatan tentang Sultan Mahmud Syah - fb berikut - link.

Dari jauh Masjid Naekmat SR

- - - - -