Tuesday, June 30, 2020

Prof Adam Chrzanowski (1932-2020)


Prof Adam Chrzanowski dari Dept of Geodesy & Geomatic Engineering UNB meninggal dunia pada Jun 12, 2020 lalu. Beliau merupakan professor yang menjadi salah seorang pelopor penubuhan GGE sekitar pertengahan 1960-an. Chrzanowski memeprolehi phd dalam surveying dan mining engineering dari Cracow Poland. Beliau mula bertugas di UNB pada 1966 dan terus berkhidmat di UNB hinggalah pada kematian beliau.

Baca – link (globe and mail).


Foto lawatan Malaysia pada 1995

- - - - -

Thursday, June 25, 2020

Antara Sumbangan Astronomi al-Biruni


Masalah astronomi yang cuba diselesaikan oleh al-Biruni ialah masalah berkaitan dengan pergerakan apogee dan kaitannya dengan perubahan hari dalam setahun. Penyelesaian al-Biruni dianggap terbaik kerana ada unsur baharu (novelty) dalam teori yang beliau ketengahkan. Teori beliau adalah kali pertama mengenengahkan konsep pecutan sebagai subjek analisis matematik.

Perlu juga baca "Al-Biruni and the theory of solar apogee: an example of originality in Arabic Science". Artikel oleh Willy Hartner dan Matthias Scramm dalam Scientific Change, Oxford 1961.


al-Biruni

(source - muslim heritage)
- - - - -

Thursday, June 18, 2020

Buku Islamic Science and the Making of European Renaissance (2007)


Buku "Islamic Science and the Making of the European Renaissance" oleh George Saliba. Buku terbitan MIT Press tahun 2007. George Saliba adalah Profesor Emeritus dalam History of Islamic Science di Columbia Uni.


George Saliba (source - columbia uni)

Kandungan:

The Islamic scientific tradition: Question of beginnings I

The Islamic scientific tradition: Question of beginnings II

Encounter with Greek scientific tradition.

Islamic Astronomy defines itself: the critical innovations.

Science between philosophy and religion: the case of astronomy.

Islamic Science and Europe Renaissance: the Copernican connection.

Age of decline: the fecundity of astronomical thought.

Folder: D falak jakim

- - - - -

Thursday, June 11, 2020

Senarai Nama Pengerusi LPU Ipta Tempatan



Senarai Nama Pengerusi LPU 2020.

Berikut adalah mereka yang dilantik sebagai Pengerusi LPU Ipta pada period yang berjalan sekarang.

UPM: TS Ghauth Jasmon
USM: Dato’ Dr Awang Adek bin Hussin
Uitm: DS Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir
UMS: Datuk Wira Ir Md Sidek bin Ahmad (Jan 2020 - Jan 2023)
UUM: Dato’ Prof Dr Sudin Haron
UMP: Dato’ Sri Ibrahim Ahmad
UTeM: TS Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali
UTHM: Dato’ Dr Mohd Sofi bin Osman
Usim: Pro Dato’ Dr Siddiq Fadzil
UMK: Dato’ Haji Husammuddin Yaacob
UniSZA: Datuk Dr Muhammad Nur Manuty (Oct 2018 - Sep 2021)
UniMAP: Raja Datuk Azwane
UMT: TS Dato’ Sri Shamsul Azhar bin Abbas
USAS: TS Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin
UPSI: Prof Emeritus Mahmood Zuhdi Abd Majid

- - - - -

Wednesday, June 3, 2020

Politik Lantikan LPU


Perlantikan LPU ada kalanya menjadi kontroversi kerana melibatkan campur tangan orang politik. Sebagai contoh pada Jan 2020 kerajaan PH melantik TS Dr Kamal Mat Salih sebagai Pengerusi Unimas untuk tempoh tiga tahun. Beliau mengambil keputusan meletak jawatan kerana kerajaan Sarawak mahukan rakyat Sarawak yang memegang jawatan tersebut.

Lantikan LPU lain yang juga menimbul polemik adalah UPM, UMS dan UniSZA.

Baca - "Pengerusi baru Unimas letak jawatan tidak sampai seminggu selepas dilantik". Link - sarawak voice.

Baca "Penjelasan berkaitan lantikan MNM di UniSZA". Link - malaysiakini oct 2018.

Baca "Menteri perlu bersihkan KPT". sabahkini apr 2020.

Senarai lantikan LPU boleh baca melalui google.

- - - - -