Monday, March 22, 2021

Global Surveyors Day 2021


Global Surveyor’s Day disambut setiap tahun pada March 21. Pada tahun ini jatuh pada hari Ahad. Maka banyak organisasi seperti FIG yang menangguh sambutan ke tarikh 23 March.

Global Surveyor’s Day

– – – – –

Thursday, March 18, 2021

Tokoh Kartografi Dan Geografi Al-Idrisi (1100-1165)

Al-Idrisi dikenali sebagai seorang ahli geografi dan kartografi silam yang tersohor. Beliau merupakan orang yang terawal menghasilkan peta dunia. Beliau menghasilkan peta tersebut hasil kerja pelayaran yang dilakukan sekitar kurun ke-12.

Nama penuh al-Idrisi Abu Abdullah Muhammad al-Idris. Beliau lahir pada 1100 di kota Sabta atau Ceuta, Morocco. Tahun kelahiran al-Idrisi adalah setahun setelah berakhirnya Perang Salib Pertama iaitu pada 1099. Beliau dari keluarga kaya dan berharta. Maka pada usia belasan tahun lagi beliau telah mampu mengembara melihat negara luar. al-Idrisi telah menjelajah Lisbon  dan kemudian ke Cordoba dan seterusnya ke Damsyik Syria.

Ketokohan al-Idrisi sebagai pengembara telah sampai kepada pengetahuan King Roger II, pemerintah kerajaan Norman Sicily. Roger II mula memerintah Sicily pada tahun 1112. Pada ketika itu Roger II berusia 16 tahun. Bermakna Roger II dan al-Idrisi hampir sebaya umur.

Pada tahun 1138 King Roger II telah menjemput al-Idrisi datang ke Sicily. Roger II mencadang al-Idrisi sebuah projek yang dinamai Nuzhat al-Mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau dalam english “The delight of he who desires to travel to the ends of the Earth”. Penjelajahan al-Idrisi bermula dari Canary Islands di barat sehinggalah ke Negeri China.

Penjelejahan al-Idrisi berjalan sama dengan period Perang Salib Kedua yang berakhir pada 1149. al-Idrisi meneruskan kerja keras beliau mengembara dan menghasilkan peta berdasarkan penjelejahan beliau. al-Idrisi juga mencatat segala hal pelayaran tersebut dalam sebuah buku yang dinamakan Book of Roger. Beliau mempersembahkan buku Book of Roger kepada King Roger II pada 1154.

Bibliotheca Paris – sebuah institusi yang menyimpan penerbitan bersejarah

– – – – –

Sunday, March 14, 2021

Antara Sumbangan Astronomi Al-Biruni

Masalah astronomi yang cuba diselesaikan oleh al-Biruni ialah masalah berkaitan dengan pergerakan apogee dan kaitannya dengan perubahan hari dalam setahun. Penyelesaian al-Biruni dianggap terbaik kerana ada unsur baharu (novelty) dalam teori yang beliau ketengahkan. Teori beliau adalah kali pertama mengenengahkan konsep pecutan sebagai subjek analisis matematik.

Perlu juga baca “Al-Biruni and the theory of solar apogee: an example of originality in Arabic Science”. Artikel oleh Willy Hartner dan Matthias Scramm dalam Scientific Change, Oxford 1961.

Sebuah buku tentang al-Biruni

– – – – –

Monday, March 8, 2021

Chase Robinson Oxford, CUNY, Smithsonian Institute

 

Beberapa bulan lalu selesai membaca buku yang ditulis oleh professor CR. Beliau pernah bertugas di Oxford dan pernah beberapa buah buku mengenai sejarah Islam. Pada 2013 hingga 2018 CR bertugas di CUNY. Jawatan terakhir di CUNY ialah Director of Graduate Center. Beliau menerima USD315,000 setahun.

Terbaca sebuah petikan news tentang gaji yang diterima oleh para pegawai atasan universiti sekitar NY. CUNY.  Petikan berita tersebut:

Stony Brook University President Samuel Stanley was the 11th highest paid public college president in the country last year, raking in $690,640 in base pay. CUNY Chancellor James Milliken was 13th at $670,000 and University at Buffalo President Satish Tripathi was 16th at $657,700.

SUNY Chancellor Nancy Zinpher made $504,700 in base pay and CUNY Graduate Center president Chase Robinson earned $315,000.

Sebuah berita lain pula menulis selepas mengakhiri tugas di CUNY Chase Robinson telah berpindah tugas ke Washington. Beliau kini ialah Director of Freer and Sackler Galleries, Smithsonian Institution. Beliau mengakhiri tugas CUNY pada hujung 2018. Baca - link.

Satu bacaan tentang Chase CUNY "President Chase Robinson - we demand action not attitude". open cunny dot org 2016 (link).


Arthur M Sackler Gallery (link)

Baca "Public college heads in New York make more than you think". NY Post 2016 - link.

- - - - -

Monday, March 1, 2021

Kes Pemecatan Professor Astronomi ETH

 

ETH Zurich merupakan sebuah universiti ternama di Switzerland. Ada juga jabatan astronomi di kampus ETH. Namun ada satu berita yang jarang kita dengar tetapi berlaku di ETH Zurich. Seorang professor telah dipecat dari tugas di ETH kerana salah laku. Professor tersebut bertugas di Jabatan Astronomi. Berikutan pemecatan tersebut Jabatan Astronomi ETH juga turut ditutup. 

[Baca Marcella Carollo - wiki]

Baca "Report on the administrative investigation into the former Astronomy Institute at ETH Zurich". Source: eth (link).

"The ETH case part 1: systematic failure" - 2019 link.

"Swiss university dissolves astronomy institute after misconduct allegation". science magazine (link).


ETH Zurich 

[The university remains the global leader in earth sciences]

Baca "ETH - top ranking in fifteen disciplines". eth news (link)

- - - - -