Saturday, April 24, 2010

Peralatan Ukur - Teodolite Wild

 

Amali kerja ukur yang dipelajari pada awal pengajian ketika period tahun 70-an tertumpu kepada ukur asas melibatkan ukur rantai, ukur kompas, dan plane table. Ukur rantai berfokus kepada pengukuran jarak. Ukur kompas pula sebagai pengenalan kepada pengukuran bearing manakala plane table adalah  gabungan kepada ukur jarak dan orientation dalam menghasil pelan butiran satu kawasan kecil. 

Pada masa kini semua teknik ukur asas ini sudah pun obsolete, yang masih kekal ialah keperluan bagi mengukur bearing/direction dan pengukuran jarak. Pada zaman 70-an alat yang digunakan bagi mengukur bearing ialah teodolit, manakala jarak diukur dengan rantai. Maka kemahiran menggunakan teodolit amat diambil berat dan perlu diberi perhatian dalam kerja amali ukur pada awal pengajian ketika period pertengahan 70-an. Pengukuran jarak mengguna rantai adalah suatu proses yang boleh dikata straigh-forward dan agak mudah. 

Antara alat teodolite yang digunakan ketika itu ialah Teodolite T2 yang dikeluarkan oleh syarikat peralatan ukur Wild iaitu satu jenama terkenal dari Switzerland. 

Sumber rujukan - melb uni (link);  dehilster (link); wild collection (link); sage unsw (link); dan civil eng unsw (link).


Teodolite Wild T2

- - - - -

Saturday, April 17, 2010

Buku Surveying Lama Clendinning 1978

 

Buku rujukan bagi subjek surveying memang agak berkurangan. Di librari pun memang tidak banyak. Kalau ada pun bukunya memang sudah lama dengan kandungan yang sudah obsolete. Salah satu buku survey yang ada di librari ketika itu adalah buku Principles of Surveying yang ditulis oleh Clendinning. Buku berkenaan telah ditulis dalam beberapa edisi dengan edisi awalnya pada 1950 membawa kepada 1960.

James Clendinning lahir pada 1888 dan mendapat pendidikan di Queen's University, Belfast, selepas tamat pengajian peringkat kolej pada 1906. Beliau lulus BSc Engineering yang diberi oleh London Uni kepada pelajar Queen's. Beliau memperolehi AMICE pada 1913. Beliau bertugas sebagai surveyor di Nigeria hingga kedudukan Deputy Surveyor General pada 1924. Clendining meninggal dunia pada 1966 ketika usia 77 tahun. Baca - link.

Kandungan buku memanglah obsolete setakat pengukuran jarak dengan kaedah optikal. Teknologi semasa sudah membolehkan jarak diukur mengguna peralatan EDM.


Principles of Surveying oleh J Clendinning

- - - - -