Sunday, December 25, 2022

PSD - Seputar Period 1969


Selepas beberapa tahun di JPM pada 1969 AAZ bertukar tempat kerja ke JPA. Pada ketika itu JPA diketuai oleh TS Abdul Kadir Shamsuddin. Perkara besar yang berlaku pada 1969 adalah peristiwa 13 Mei.

Cameron Highland (July 2019)

- - - - -

Friday, December 23, 2022

Development Administrative Unit 1965

 

Sekitar 1965 AAZ berkhidmat dengan JPM. Petikan berikut diambil dari m/surat 91 buku beliau. Beliau menulis tentang penubuhan DAU JPM pada tahun 1965.

In 1965 it was considered by the Government that time was right for administrative reform in the country. Two American expert i.e., Mr Montgomery and Mr Esman, were invited to look at the administrative system of the country and to make recommendations. They came and had discussions with government officersvand out of their report it was decided to starts unit in JPM to be called DAU.

The idea then was to change the administrative system which was generally geared for public order and security to one geared for development. AAZ was appointed as the first Director of DAU and Mr Esman as the Advisor. 

[Pada masa kini DAU diubah nama kepada Mampu dan masih di bawah JPM].

 

Premis Agro Bank Tanah Rata

- - - - -

Sunday, December 18, 2022

AAZ Semasa Zaman Jepun


Sebaik mula perang semua pelajar Raffles College terpaksa balik ke Malaya. Aziz semasa Pendudukan Jepun mendapat tawaran kerja dari pentadbiran Jepun. Beliau ditempatkan di Taiping. Antara tugas yang beliau sebut adalah mencari buruh untuk bekerja dengan Jepun termasuk buruh untuk membina landasan keretapi maut dari Siam-Burma.

Selepas Jepun kalah AAZ kembali menyambung pengajian di Raffles College dan berjaya menamatkan Diploma dalam bidang History. Selepas tamat pengajian beliau berkhidmat dengan kerajaan. AAZ ditempatkan di Ipoh Perak ketika era pemerintahan MB Dato Panglima Bukit Gantang.

Tidak lama kemudian AAZ berjaya mendapat biasiswa menyambung pengajian di Cambridge. Beliau berhajat belajar Law namun MB Perak mencadang AAZ supaya mengambil bidang Ekonomi.

 

 

Kota London (03/2019)

Baca "How Wetherspoon's conquered Britain". Food and drink (link).

- - - - -

Thursday, December 15, 2022

Catatan Buku TS Aziz


TS Aziz dilahir pada 1923 di Chulek sebuah desa di Gopeng. Beliau memula persekolahan di Gopeng kemudian sekolah Inggeris di Anderson School Ipoh. Waktu itu beliau tinggal bersama kakak yang mengajar di Ipoh. Beliau datang dari keluarga  berada. Ayahnya sudah memilik kereta pada ketika TS masih kecil. Orang ketiga yang memiliki kereta di Gopeng. TS kemudian mendapat tempat di Raffles College Spore namun terhenti akibat berlaku perang Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. Bersama beliau di Raffles waktu itu adalah tiga lagi pelajar Malaya. Mereka adalah Tuanku Jaafar (kemudian menjadi YDP N9), TS Bakar Sama (jawatan akhir KSU Mindef) dan Enid Perera yang kemudian menjadi guru besar wanita di Penang.


Buku terbitan INTAN tahun 1989

- - - - -



Monday, December 12, 2022

Catatan Buku Soenarno


Buku memoir Soenarno dipinjam dari Librari Ratu.

Rs lahir pada June 1932 di sebuah estet getah Selborne Estate Lipis. Ketika usia tujuh tahun RS dibawa ayah tirinya pulang sebentar ke Jawa. Mereka pulang dengan menaiki kapal dari Singapore dengan pelayaran selama empat hari. Selepas sebulan di Jawa mereka kembali semula ke Lipis.

RS memula persekolahan pada 1939 di sebuah sekolah dalam estet. Namun bermula Disember 1941 sekolah terpaksa tutup bila Jepun menduduki Tanah Melayu. Enam bulan kemudian sekolah dibuka semula. Kali ini sekolah dikendali oleh Jepun dan disuruh belajar bahasa Jepun.

Setelah tamat pendudukan Jepun RS mula bersekolah Inggeris di Clifford School. Beliau bernasib baik dapat tinggal bersama kawan bapanya yang bertugas di bandar Kuala Lipis.


Buku mengenai Soenarno terbitan 2012

- - - - -

Thursday, December 8, 2022

Tesis The Japanese Administration of Wartime Singapore


Bagaimana keadaan pemerintahan Jepun di Singapura? Boleh baca tesis "Governing Shonan: The Japanese administration of wartime Singapore". Tesis oleh Clay Eaton, Columbia Uni tahun 2018.

Folder: Hzq alsagoff.

Kiosk jualan barangan pakaian BKK

- - - - -

Monday, December 5, 2022

Tesis British Images of the Arab Elite in Colonial Singapore


Selain negeri Johor hubungan pendatang keluarga Arab juga wujud di Singapura. Sebuah tesis "Good friends and dangerous enemies: British images of the Arab elite in Colonial Singapore 1819-1942". Tesis NUS tahun 2006.

Folder: Hzq alsagoff.


Big Burger Halal BKK

- - - - -

Saturday, December 3, 2022

Kegiatan Ekonomi Keluarga Al-Sagoff


Keluarga Al-Sagoff mempunyai kegiatan ekonomi yang meluas di Johor. Artikel "Kegiatan keluarga Al-Sagoff dalam ekonomi negeri Johor 1878-1906" menerangkan mengenai hal tersebut. Artikel ditulis pada sesi akademik 1978/79.

Folder Hzq azam alsagoff.

Kiosk jualan BKK

- - - - -

Thursday, December 1, 2022

Artikel Sayid Muhammad Al-Sagoff and Johore-Ottoman


Ada catatan sejarah hubingan di antara keturunan al-sagoff johor dengan ottoman. Artikel yang menerangkan hal tersebut berjudul "Sayid muhammad al-sagoff in johore-ottoman sovereign relations". Artikel oleh Ermy Azziati tahun 2012.

Folder: Hzq 1 2019 azam alsagoff.

Sebuah robot pembersihan BKK

- - - - -