Tuesday, September 15, 2020

Kern - Pelopor Pengeluar Peralatan Ukur

 

Industri peralatan ukur menjadi dominasi perniagaan kepada dua syarikat Swiss iatu Kern dan Wild. Kern merupakan yang paling awal ditubuhkan oleh Jacob Kern pada 1819 di kota Aarau, Switzerland. Jacob menamakan syarikat beliau Kern & Co. Kern mula belajar menghasilkan peralatan ukur di Aarau. Berikutnya, Kern berpindah ke Munich iaitu sebuah kota yang terkenal dengan kajian tentang optik dan juga pembuatan peralatan mekanikal yang teliti. Jacob Kern kemudian kembali semula ke Aarau dan mula membuka bengkel sendiri. 

Pada kurun ke-19, bisnes syarikat yang ditubuh oleh Kern berkembang dengan rancak. Tetapi pada period selepas Perang Dunia Pertama bisnes telah merosot dan berlaku krisis ekonomi. penggunaan peralatan optik yang baru saja diusaha oleh Kern tidak mendapat permintaan dan ditambah pula dengan kemunculan syarikat pesaing mereka iaitu Heinrich Wild Heerbrugg. Pada 1857 Jakob Kern bersara dari syarikat yang beliau tubuhkan.

Pada tahun 1937 Heinrich Wild berhenti kerja di Heerbrugg dan beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan Kern. Perkembangan ini membolehkan Kern menyelamatkan bisnes dan menjamin pasaran mereka.

Berikutnya, selepas Perang Dunia Kedua, Kern berjaya mencapai kemajuan teknikal dan juga mencetus kejayaan dalam perdagangan. Kejayaan Kern berjaya dicapai melalui bisnes kanta untuk diguna pakai oleh kamera Bolex cine. Kamera tersebut dikeluarkan oleh Syarikat Paillard. Kejayaan dalam bisnes kanta ini juga menyebabkan Kern merancang untuk menghenti bisnes sebagai pengeluar peralatan ukur.

Source - mmm (Link - delhister).

Premis Kilang Kern, Aarau (sekitar 1920an)

- - - - -

No comments: