Apakah Polyoxybenzylmethylenglycolanhydride?
Salah eja ke ni? Bila semak dengan word spelling tak keluar garis
merah maka ejaan betul lah tu. Sebetulnya nama yang panjang tu adalah nama
kimia sejenis plastic yang dicipta pada 1907. Nama singkatnya ialah Bakelite Ia
merupakan satu inovasi plastik yang dicipta oleh seorang ahli kimia bernama Leo
Baekland.
Sebelum Bakelite, tiga jenis plastik yang ada ialah
Parkesine, xylonite dan celluloid. Namun kelemahan ketiga plastik tersebut
adalah mudah terbakar, mudah pecah dan kos buatan yang mahal. Bakelite menjadi
pilihan kerana dapat menahan haba dan juga menebat elektrik. Maka ia telah diguna
pakai kepada berbagai produk seperti telefon dan barangan letrik.
Bakelite menyumbang kepada pembuatan telefon
- - - - -
No comments:
Post a Comment