Satu lagi pencapaian besar oleh Nasa dalam penerokaan angkasa lepas adalah pendaratan di Mars. Nasa telah membangunkan sebuah kapal angkasa atau lebih tepatnya rover yang berjaya mendarat di planet Mars pada August 2012. Mars menjadi tumpuan kepada penyelidik Nasa kerana beberapa sebab. Mars planet berwarna merah dan geologinya dikatakan hampir serupa dengan Bumi berbanding planet yang lain. Mars juga diminati kerana ia dikatakan lokasi yang sesuai untuk dihuni oleh penduduk Bumi. Idea menghuni Mars menjadi sebutan bila mana Bumi dikatakan telah mencapai keadaan overcrowded atau tercemar teruk. Idea begini sering dalam movie dan penulisan fiksyen.
Nasa membangunkan ‘Curiosity Rover’ dengan belanja USD2.5 bilion. Rover dengan berat satu tan telah berjaya mendarat di Mars dengan bantuan sebuah paracut setelah perjalanan 104 milion batu dari Bumi.
Curiosity Rover dilengkapi dengan beberapa teknologi pengimejan untuk pemetaan dan kajian Mars. Sebuah kamera setinggi 7 kaki memboleh imej permukaan Mars dirakam secara 3D. Rover juga dilengkapi dengan rocket arm yang akan merakam imej batuan atau rock dan berfungsi sebagai makmal organik untuk persampelan.
Mars Curiosity Rover
(source – wiki)
No comments:
Post a Comment