Petikan dari Francis Robinson page 55.
Robinson dalam bukunya memaparkan banyak tokoh dan foto mengenai sejarah Islam silam. Salah satunya tentang sumbangan Timur (d.1405) terutamanya di Asia Tengah. Antara yang disebut adalah tokoh Ahmad Yasawi 1093-1166 (wiki - yasawi). Beliau dipanggil juga sebagai Khoja Ahmad Yasawi (khoja = master) merupakan ahli sufi Turki yang terkenal. Ahmad Yasawi juga seorang poet. Kumpulan sufi Yasawiyya berasal dari nama beliau. Beliau meninggal dunia pada 1166. Tempat pemakaman beliau telah dibina semula oleh Timur pada tahun 1397. Pemakaman tersebut dinamakan Ahmad Yasawi Mausoleum. Lokasi Mausoleum adalah di Turkestan, Selatan Kazakhstan. (wiki - mausoleum).
Mausoleum of Ahmad Yasawi (source - electrum 2014)
Selain mausoleum nama Ahmad Yasawi juga diabadi kepada sebuah universiti - Ahmet Yesevi Univerity (wiki). AYU ditubuh pada 1993.
- - - - -
No comments:
Post a Comment