Tuesday, September 24, 2019

Observatori Istanbul (1577-1580)


Salah satu sumbangan kerajaan Ottoman kepada sains astronomi Islam adalah pembinaan sebuah observatori di Istanbul. Observatori Istanbul (Constatinople Observatory) adalah hasil usaha ahli astronomi Taqi al-Din (ada yang mengeja Taqi ad-Din). Nama penuh beliau Taqi ad-Din Muhammad Ibn Ma'ruf. Beliau lahir pada 1526 di Damascus dan meninggal dunia pada 1585 di Istanbul. Pembinaan Observatori Instanbul dimula pada 1571 dan mula beroperasi pada 1577 ketika pemerintahan Sultan Murad II. 

Dalam tempoh tersebut banyak cerapan astronomi telah dijalankan. Data yang dikumpul membolehkan Taqi al-Din memperolehi penemuan baru dalam astronomi. Antaranya Taqi al-Din telah memperbaiki apa yang dicapai oleh Tycho Brahe dan Nocolao Copernicus. Namun malangnya Observatori Instanbul telah terhenti penggunaannya dan lebih malang terus diruntuhkan pada 1580 atas arahan Sultan Murad II. Peristiwa ini berlaku berpunca dari pertikaian yang ditimbulkan oleh para ulama pada masa tersebut.

Tokoh utama yang menentang pembinaan Observatori Istanbul adalah Syakh al Islam sendiri. Qadi Ahmad Shams al-Din Efendi menyebut bawa observatori adalah ominous (giving the worrying impression that something bad is going to happen). Gosip juga menyebut obseravtori tersebut menyebab punca berlakunya pandemik.

Antara sebab observatori ini dibina ialah untuk melakukan cerapan astronomi bagi membetulkan jadual astronomi kumpulan Samarkand. Jadual Samarkand adalah usaha yang diketuai oleh Ulugh Berg ketika period kurun ke-15.


Foto menunjukkan aktiviti astronomi Ottoman yang diketuai Taqi al-Din

- - - - -

No comments: