Ada sebuah tesis memfokus tentang program rumah rakyat untuk golongan berpendapatan rendah. Tesis "Geopolitik dan program perumahan rakyat di Kuala Lumpur pasca pilihan raya umum ke13", Faculty of Arts and Social Science, University of Malaya, 2015. Antara dapatan kajian tesis adalah:
Dari segi politik, responden menyatakan penyediaan rumah PPR oleh kerajaan BN telah mempengaruhi mereka untuk menyokong BN dalam PRU 2013 lalu. Mereka juga memilih calun yang jujur dan amanah serta mesra rakyat serta menyokong parti yang dapat memacu pembangunan dan membasmi kemiskinan. Mereka turut menyatakan rakyat menyokong BN kerana berpengalaman, janji ditepati serta mengenang jasa pemimpin BN terdahulu. Seterusnya responden juga bersetuju dengan transformasi yang diperkenal oleh PM.
[Ternyata apa yang disebut adalah satu yang tipikal dan stereotype di kalangan pengundi Melayu secara umum].
Manakala rakyat yang mengundi parti-parti dalam PR kerana adil dan janji yang ditawarkan adalah menarik dan menguntungkan rakyat.
Source: students repo um - link.
- - - - -
No comments:
Post a Comment