Dalam suasana gawat Covid kumpulan pengkaji sains angkasa lepas sempat juga melancarkan sebuah sebuah kapal angkasa Solar Orbiter atau nama ringkasnya SolO. Ia dibangun oleh European Space Agency (ESA) dan telah dilancarkan pada 9 Feb 2020 di Cape Canaveral, Florida. SolO mengambil masa lapan tahun untuk dibina dan diuji sebelum sedia untuk pelancarannya. Tugas SolO antara lain adalah untuk mengkaji tentang matahari dari dekat. SolO akan berada pada orbit 42 milion km dari bumi iaitu bersamaan satu per empat jarak sebenar bumi ke matahari. Pada jarak sebegitu pun suhu kepanasan mencecah 600 deg Celsius. Untuk mengurang kesan panas matahari SolO dilengkapi dengan coating yang dibuat dari tulang binatang yang sudah dipanggang panas. SolO juga akan bekerja dalam keadaan yang dibantu oleh lindungan lapisan titanium. SolO dilengkapi dengan enam kamera yang akan mengambil imej matahari pada period yang dirancang.
Ada sedikit tentang SolO kat buku Space Exploration m/surat 238.
Solar Orbiter dibalut dengan lapisan titanium
Solar Orbiter
No comments:
Post a Comment