Friday, February 7, 2020

Lobang Jepang


Salah satu tarikan yang perlu di lawati ketika di BT adalah Lobang Jepang. LJ pertama kali ditemui oleh penduduk tempatan BT pada 1946 iaitu setahun setelah Jepun tewas perang. Kondisinya ketika penemuannya amat menakutkan dengan tulang-tulang manusia berserakan di sekitar lantai dan laluan terowong bawah tanah. LJ telah diubah suai binaannya oleh penguasa BT dengan beberapa kemudahan dan mula dibuka untuk publik sekitar 1986. Renovasi peringkat kedua dilakukan pada 2004 untuk lebih keselesaan kepada pengunjung.

Pembinaan LJ melibatkan korekan dan mengaut tanah dan batuan yang amat besar kuantiti isipadunya. Antara yang turut diangkut keluar adalah mineral berharga termasuk emas. Ke manakah longgokan korekan tersebut di bawa masih menjadi suatu misteri yang masih belum terjawab.



Baca info lanjut (link). Baca juga wikiwand untuk info tambahan.

- - - - -

No comments: