Selepas beberapa tahun di JPM pada 1969 AAZ bertukar tempat kerja ke JPA. Pada ketika itu JPA diketuai oleh TS Abdul Kadir Shamsuddin. Perkara besar yang berlaku pada 1969 adalah peristiwa 13 Mei.
Cameron Highland (July 2019)
- - - - -
Selepas beberapa tahun di JPM pada 1969 AAZ bertukar tempat kerja ke JPA. Pada ketika itu JPA diketuai oleh TS Abdul Kadir Shamsuddin. Perkara besar yang berlaku pada 1969 adalah peristiwa 13 Mei.
Cameron Highland (July 2019)
- - - - -
Sekitar 1965 AAZ berkhidmat dengan JPM. Petikan berikut diambil dari m/surat 91 buku beliau. Beliau menulis tentang penubuhan DAU JPM pada tahun 1965.
In 1965 it was considered by the Government that time was right for administrative reform in the country. Two American expert i.e., Mr Montgomery and Mr Esman, were invited to look at the administrative system of the country and to make recommendations. They came and had discussions with government officersvand out of their report it was decided to starts unit in JPM to be called DAU.
The idea then was to change the administrative system which was generally geared for public order and security to one geared for development. AAZ was appointed as the first Director of DAU and Mr Esman as the Advisor.
[Pada masa kini DAU diubah nama kepada Mampu dan masih di bawah JPM].
Premis Agro Bank Tanah Rata
- - - - -
Sebaik mula perang semua pelajar Raffles College terpaksa balik ke Malaya. Aziz semasa Pendudukan Jepun mendapat tawaran kerja dari pentadbiran Jepun. Beliau ditempatkan di Taiping. Antara tugas yang beliau sebut adalah mencari buruh untuk bekerja dengan Jepun termasuk buruh untuk membina landasan keretapi maut dari Siam-Burma.
Selepas Jepun kalah AAZ kembali menyambung pengajian di Raffles College dan berjaya menamatkan Diploma dalam bidang History. Selepas tamat pengajian beliau berkhidmat dengan kerajaan. AAZ ditempatkan di Ipoh Perak ketika era pemerintahan MB Dato Panglima Bukit Gantang.
Tidak lama kemudian AAZ berjaya mendapat biasiswa menyambung pengajian di Cambridge. Beliau berhajat belajar Law namun MB Perak mencadang AAZ supaya mengambil bidang Ekonomi.
Kota London (03/2019)
Baca "How Wetherspoon's conquered Britain". Food and drink (link).
- - - - -
TS Aziz dilahir pada 1923 di Chulek sebuah desa di Gopeng. Beliau memula persekolahan di Gopeng kemudian sekolah Inggeris di Anderson School Ipoh. Waktu itu beliau tinggal bersama kakak yang mengajar di Ipoh. Beliau datang dari keluarga berada. Ayahnya sudah memilik kereta pada ketika TS masih kecil. Orang ketiga yang memiliki kereta di Gopeng. TS kemudian mendapat tempat di Raffles College Spore namun terhenti akibat berlaku perang Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. Bersama beliau di Raffles waktu itu adalah tiga lagi pelajar Malaya. Mereka adalah Tuanku Jaafar (kemudian menjadi YDP N9), TS Bakar Sama (jawatan akhir KSU Mindef) dan Enid Perera yang kemudian menjadi guru besar wanita di Penang.
Buku terbitan INTAN tahun 1989
- - - - -
Buku memoir Soenarno dipinjam dari Librari Ratu.
Rs lahir pada June 1932 di sebuah estet getah Selborne Estate Lipis. Ketika usia tujuh tahun RS dibawa ayah tirinya pulang sebentar ke Jawa. Mereka pulang dengan menaiki kapal dari Singapore dengan pelayaran selama empat hari. Selepas sebulan di Jawa mereka kembali semula ke Lipis.
RS memula persekolahan pada 1939 di sebuah sekolah dalam estet. Namun bermula Disember 1941 sekolah terpaksa tutup bila Jepun menduduki Tanah Melayu. Enam bulan kemudian sekolah dibuka semula. Kali ini sekolah dikendali oleh Jepun dan disuruh belajar bahasa Jepun.
Setelah tamat pendudukan Jepun RS mula bersekolah Inggeris di Clifford School. Beliau bernasib baik dapat tinggal bersama kawan bapanya yang bertugas di bandar Kuala Lipis.
Buku mengenai Soenarno terbitan 2012
- - - - -
Bagaimana keadaan pemerintahan Jepun di Singapura? Boleh baca tesis "Governing Shonan: The Japanese administration of wartime Singapore". Tesis oleh Clay Eaton, Columbia Uni tahun 2018.
Folder: Hzq alsagoff.
Kiosk jualan barangan pakaian BKK
- - - - -
Selain negeri Johor hubungan pendatang keluarga Arab juga wujud di Singapura. Sebuah tesis "Good friends and dangerous enemies: British images of the Arab elite in Colonial Singapore 1819-1942". Tesis NUS tahun 2006.
Folder: Hzq alsagoff.
Big Burger Halal BKK
- - - - -
Keluarga Al-Sagoff mempunyai kegiatan ekonomi yang meluas di Johor. Artikel "Kegiatan keluarga Al-Sagoff dalam ekonomi negeri Johor 1878-1906" menerangkan mengenai hal tersebut. Artikel ditulis pada sesi akademik 1978/79.
Folder Hzq azam alsagoff.
Kiosk jualan BKK
- - - - -
Ada catatan sejarah hubingan di antara keturunan al-sagoff johor dengan ottoman. Artikel yang menerangkan hal tersebut berjudul "Sayid muhammad al-sagoff in johore-ottoman sovereign relations". Artikel oleh Ermy Azziati tahun 2012.
Folder: Hzq 1 2019 azam alsagoff.
Sebuah robot pembersihan BKK
- - - - -
Dilantik sebagai Sultan Perak ke-18 ialah Raja Bongsu yang disebut juga Raja Cik bin Sultan Muhammad Syah. Beliau adalah adik kepada Sultan sebelum ini iaitu Sultan Alauddin Mansur Syah (Sultan Perak ke-17). Gelaran beliau ialah Sultan Ahmaddin Syah.
Pada awal period pemerintahan beliau iaitu pada 1786 British telah membuka Pulau Pinang. Akibatnya pengaruh dan perniagaan bijih timah Belanda di Perak telah merosot teruk. Pada tahun 1795 pula Melaka telah diambil oleh Inggeris dari tangan kompeni Belanda. Pada tahun yang sama British telah menghantar pasukan kecil askar ke Perak dan memaksa Belanda menyerahkan kota Belanda di Tanjung Putus kepada mereka. Maka berakhirlah penguasaan bijih timah Perak oleh Belanda.
Pada 1805 Sultan Ibrahim, Sultan Selangor pula datang menyerang Perak. Mereka berjaya mengalahkan Perak dan Sultan Ahmaddin terpaksa berundur ke hulu iaitu ke Kuala Pelus (masih dalam daerah Kuala Kangsar). Sultan Selangor kemudiannya telah menulis kepada British Pulau Pinang supaya jangan masuk ke Perak.
Pada tahun 1806 Sultan Ahmaddin Syah telah tersangat tua dan mangkat di Cegar Galah. Beliau telah dibawa balik ke Bota dan dimakamkan di sana. Gelaran beliau ialah Marhum Bongsu. Makam Marhum Bongsu berdekatan dengan makam Marhum Mangkat Di Darat (i.e., Sultan Perak ke-5. link).
Kedai Halal Muslim Kitchen SR
- - - - -
Catatan tentang dari buku CS m/surat 31.
Semasa Sultan Alauddin naik takhta beliau melantik Raja Chulan sebagai Raja Muda dari jawatan asal Raja Bendahara. Keadaan ekonomi Perak mula merosot berbanding zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain. Sultan Alauddin Mansur mengamal dasar pro-Belanda dan langkah tersebut telah mengancam kestabilan politik Perak. Keadaan menjadi tambah kusut bila mana penyeludupan bijih timah dan candu semakin menjadi-jadi. Waris negeri dan pembesar Perak juga turut terlibat dalam sindikan penyeludupan tersebut.
Pemerintah negeri jiran Kedah pula (Sultan Muhammad Jiwa dan anak baginda Raja Abdullah) bertindak menguasai kawasan sempadan Batu Kawan dan Kerian. Di pantai negeri Perak pula puak lanun yang dilakukan oleh anak Raja Salahuddin Selangor semakin berleluasa. Sultan Alauddin juga menghadapi saingan dari Sultan Muda Ahmadin yang kurang menghormati baginda Sultan.
Sultan Alauddin mangkat pada 1786. Beliau diganti oleh Sultan Muda Ahmadin Syah.
Kedai farmasi di SR
- - - - -
Setelah mangkat Sultan Mahmud Syah (Sultan Perak ke-16), Marhum Muda iaitu adik beliau, Raja Alauddin ibni Sultan Muhammad Syah telah diangkat sebagai pengganti. Raja Alauddin memakai gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda. Beliau awalnya bersemayam di Pulau Indera Sakti namun kemudian berpindah ke tempat bernama Rantau Panjang. Nama tersebut kemudian menjadi Rantau Panjang Indera Mulia.
Detik British bermula dengan kunjungan seorang bernama Kaptain Forest dari Penang pada 1783. Beliau melawat Perak sambil meninjau gudang Belanda di Tanjung Putus, Teluk Anson. Kemudian Kaptain Forest singgah berkunjung berjumpa Sultan Alauddin sebagai tanda hormat. Beliau memberi hadiah kain sutera buatan Benggala. Sultan pula menghadiahkan buahan yang dimuat ke kapal Kaptain Frost.
Pada 1786 British membuka Pulau Pinang. Pada tahun yang sama Belanda datang semula ke Perak meneruskan niaga bijih timah dengan negeri Perak.
Sultan Alauddin Mansur Syah meninggal dunia pada 1786. Beliau dimakamkan di Teluk Memali dengan gelaran Marhum Sulung.
Lagi deretan gerai SR
- - - - -
Sedikit catatan mengenai Sultan Mahmud Syah dari buku CS m/surat 31.
Sultan Mahmud Syah naik takhta Perak pada 1765 selepas kemangkatan abang beliau Marhum Sultan Iskandar Zulkarnain. Sultan Mahmud Syah berikutnya melantik adiknya yang memegang jawatan Raja Bendahara sebagai Raja Muda. Raja Chulan pula dilantik sebagai Raja Bendahara. Dari sudut diplomasi Sultan Iskandar Zulkarnaini menjalin hubungan rapat dengan istana Selangor. Pada 1766 Sultan MS menobatkan Raja Lumu yang berketurunan Bugis sebagai Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salahuddin Syah. Hubungan dengan istana Selangor menyebabkan SMS mengubah dasar luarnya kepada pro-Bugis dan anti-Belanda.
Deretan gerai makan pagi hari SR
- - - - -
Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Zulkarnain adik beliau yang bernama Raja Kimas telah diangkat sebagai Sultan Perak ke-16. Beliau memakai gelaran Sultan Mahmud Syah. Pada awalnya beliau bersemayam di Pulau Cempaka Sari. Namun kemudian beliau berpindah bersemayam di Pasir Puali Indera Mulia. Lokasinya tidak berapa jauh dari Pulau Cempaka Sari atau nama barunya Pulau Indera Sakti.
Period pemerintahan Sultan Mahmud Shah menyaksikan kedatangan dan campur tangan Bugis di Perak. Seorang panglima Bugis dari Riau yang bernama Raja Haji telah datang ke Perak bersama abang beliau Raja Lumu. Raja Lumu juga telah beristeri dengan seorang puteri Raja Perak dan Sultan Mahmud memberi beliau gelaran Sultan Salehuddin Shah.
Sultan Mahmud Syah mangkat pada 1773 dan dimakam di Teluk Memali, Pulau Besar iaitu agak jauh dari tebing Sungai Perak. Gelaran beliau ialah Marhum Muda.
Baca juga catatan tentang Sultan Mahmud Syah - fb berikut - link.
Dari jauh Masjid Naekmat SR
- - - - -
Sultan Perak berikutnya iaitu yang ke-15 ialah Sultan Iskandar Zulkarnain. Nama asal beliau ialah Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Syah. Beliau ialah anak kepada Sultan Muhammad Syah yang pernah menjadi Sultan Perak ke-14 selama tempoh dua tahun (1742-43). Raja Iskandar juga adalah menantu kepada Sultan Muzaffar Syah III (1728-52). Sultan Iskandar Zulkarnain bersemayam di Pulau Cempaka Sari di tepi Sungai Perak dekat Kuala Sungai Kinta.
Antara catatan sejarah pada period SIZ berakhirnya keturunan Megat memegang jawatan Bendahara. Yang terakhir memegang tugas Bendahara ialah Megat Abu Kasim yang berakhir dengan meletak jawatan. Antara alasan beliau meletak jawatan ialah Sultan tidak berpuas hati dengan keadaan istana baru yang dibina di Pulau Indera Sakti. Istana tersebut dibina di bawah kelola Bendahara Megat Abu Kasim. Berikutnya dilantik sebagai Bendahara ialah adik Sultan sendiri iaitu Raja Alauddin. Jawatan Bendahara terus dipegang oleh kaum kerabat untuk tempoh dua ratus tahun sehingga 1959. Jawatan Bendahara kemudiannya kembali dipegang oleh orang kebanyakan dengan pertama oleh Bendahara Cik Muhammad Yusuf (CM Yusuf).
Pada period Sultan Iskandar Zulkarnain pihak Belanda telah berurusan dengan beliau dalam hal belian bijih. Belanda menggunakan perantara iaitu seorang India yang bernama Pir Muhamad. Beliau amat disukai oleh Sultan sebelum ini (i.e., Sultan Muzaffar Syah III). Namun ketika pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain beliau tidak lagi boleh berbuat sesuka hati sebagaimana sebelumnya. Maka Pri Muhammad telah memfitnah kepada Belanda bahawa Sultan Iskandar Zulkarnaini merancang serang pihak Belanda. Ekoran hal tersebut hubungan Perak dengan Belanda agak tegang untuk beberapa tempoh.
Dari
sudut pemerintahan period Sultan Iskandar Zulkarnaini dikatakan sebagai
terbaik. Beliau mengambil berat tentang hal rakyat. Beliau meninggal
dunia pada tahun 1765 dan dimakam di Pulau Indera Sakti. Gelaran beliau
ialah Marhum Kaharullah atau Marhum Kahar.
Baca "Bagaimana pusat pemerintahan wujud di Cempaka Sari". Link - orang perak dot com.
Sekitar lokasi kedai makan halal SR
- - - - -
Ada sedikit kekeliruan dalam tarikh takhta pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Benarkah period cuma sekitar 1742-1743? Senarai dalam wiki memapar bahawa Sultan Perak ke13 adalah Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752). Manakala Sultan ke14 adalah Sultan Muhammad Syah (1744-50). Bermakna ada pertindihan tarikh takhta. Makna lainnya ada dua sultan pada period 1744-1750.
Buku CS mencatat bahawa ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III berlaku konflik antara Baginda dengan adik beliau Raja Muda Muhammad Syah. Pada 1743 Raja Muda Syah yang disokong oleh beberapa pembesar diketuai oleh Bendahara telah diangkat menjadi sultan berpusat di Pulau Tiga. Gelaran beliau adalah Sultan Muhammad Syah. Manakala putera sulong beliau bernama Raja Iskandar sebagai Raja Muda. Sultan Muhammad Syah juga mendapat dokong puak Bugis pimpinan Daing Celak.
Konflik berakhir pada 1743 apabila Sultan Muhammad Syah (Raja Bisnu) bersetuju damai dengan Sultan Muzaffar Syah III (Raja Inu). Raja Bisnu juga bersetuju dengan cadangan melanti anak beliau Raja Iskandar sebagai Raja Muda Perak.
Sultan Muhammad Syah mangkat pada 1750 ketika Sultan Muzaffar Syah III masih memegang takhta. Sultan Muzaffar Syah III mangkat pada 1752. Beliau diganti oleh Raja Muda Iskandar yang memakai gelaran Sultan Iskandar Dzulkarnain Syah.
Bangunan bersebelahan Renaissance Hotel SR
- - - - -
Sebagaimana ditulis dalam entri sebelum ini ketika pemerintahan Sultan Perak ke-13 (Sultan Muzaffar Syah III) telah wujud dua Sultan diangkat oleh dua kumpulan pembesar negeri. Selain Sultan Muzaffar Syah III yang bersemayam di Berahman Indera seorang lagi Sultan telah dilantik di Pulau Tiga. Raja Bisnu yang sebelum itu adalah Sultan Muda telah diangkat pula sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1742.
Peristiwa ini berlaku ekoran campur tangan Yamtuan Muda Riau iaitu Daing Celak yang datang menyerang Perak. Daing Celak kemudiannya menyebelahi Sultan Muda Raja Bisnu yang ketika itu berbalah dengan Sultan Muzaffar Syah.
Namun apabila Daing Celak balik ke Riau Sultan Muhammad Syah berbaik dan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah. Maka pada 1743 Sultan Muzaffar Syah teruslah menjadi Sultan Perak.
Yang DiPertuan Muda Muhammad Shah meninggal dunia pada 1750. Beliau meninggal dunia lebih dulu dari Sultan Muzaffar Syah dan dimakamkan di Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah "Marhum Aminullah". Makam beliau kini telah tiada lagi kerana telah jatuh ke sungai.
Angkor King Plaza, SR (a.k.a Rotary Club of Angkor)
- - - - -
Raja Muda Inu iaitu adik kepada Sultan Alauddin Mughayat Shat atau Marhum Sulong dilantik menjadi Sultan Perak ke-13 pada tahun 1728. Raja Inu memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah III dan beliau bersemayam di Berahman Indera, Bota Kanan. Adik Raja Inu bernama Raja Bisnu dilantik menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga.
Pada period Sultan Muzaffar Syah III memerintah telah datang pasukan Bugis menyerang Perak diketuai oleh Daing Celak (beliau ialah Yamtuan Riau ke-2). Serangan tersebut berlaku pada 1742. Pada period tersebut Sultan Muzaffar berbalah dengan adiknya Sultan Muda Raja Bisnu. Penyerang Bugis tersebut telah menyebelahi Sultan Muda. Dengan bantuan pasukan Bugis Sultan Muda telah diangkat mereka menjadi Sultan Perak. Makanya kesultanan Perak pun berpecah dua.
Namun persengketaan dua sultan tersebut tidak berlarutan. Sultan Muda sendiri membuat cadangan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah III.
Pada tahun 1743 belaku juga satu lagi peritiwa sejarah ketika period Sultan Muzaffar Syah III. Seorang raja Bugis Daing Selaili dengan gelaran "Haji Besar" telah menawan beberapa orang lanun di Pulau Sembilan, Perak. Kumpulan lanun tersebut telah diserah kepada Sultan. Ekoran hal tersebut Daing Selaili telah dikahwinkan dengan Raja Tengah iaitu adik perempuan Sultan.
Daing Selaili berikutnya telah dilantik menjadi Mufti pertama Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi Orang Besar Perak dengan gelaran Maharaja Lela.
Sultan Muzaffar Syah III meninggal dunia pada 1756. Beliau dimakamkan di Berahman Indera dan diberi gelaran "Marhum Haji Allah".
Buku CS menulis tarikh takhta SMS3 sebagai 1728-1752. Info CS adalah sama dengan senarai sultan perak yang dipapar dalam wiki (link).
- - - - -
Setelah mangkat Sultan Mahmud Iskandar Syah, anak saudara beliau yang bernama Raja Radin dilantik menjadi Sultan Perak ke-12. Beliau mengguna gelaran Sultan Alauddin Mughayat (atau Riayat) Syah dan bersemayam di Geronggong. Adik Raja Radin yang bernama Raja Inu pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Bernam.
Pada period penghujung pemerintahan Sultan Mughayat pasukan Yamtuan Muda Riau datang menyerang dengan bantuan Bugis dari Selangor. Ada juga yang menyebut serangan tersebut adalah dengan dibantu oleh Raja Inu sendiri. Ini adalah kerana Raja Inu mahu merebut takhta dari abangnya.
Sultan Mughayat meninggal dunia pada 1728 dan dimakam di Geronggong. Gelaran beliau ialah Marhum Sulong. Makam beliau kini telah tiada kerana jatuh ke Sungai Perak.
Pengganti beliau adalah adiknya bernama Raja Inu yang sebelum ini memegang kuasa sebagai Raja Bernam.
Sebuah gerbang komplek kerajaan bersebelahan Airport SR
- - - - -
Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak punya putera lelaki. Makanya beliau melantik adiknya yang bernama Raja Mansor sebagai pewaris takhta. Namun begitu Raja Mansor mangkat lebih awal dari Sultan Mahmud. Raja Mansor mempeunyai beberapa putera yang kemudiannya memegang takhta Perak. Di antara putera tersebut adalah Raja Radin (Sultan Alauddin Riayat Syah), Raja Inu (Sultan Muzaffar Syah III), dan Raja Bisunu (Sultan Muhammad Syah).
Di awal abad ke18 (ketika Sultan Mahmud Iskandar masih berkuasa) pengaruh Siam kian ketara di Tanah Melayu. Siam turut menghantar tentera menyerang Perak. Pada 1710 Raja Ini selaku pemangku Raja Perak meminta Gabenor Belanda menghantar utusan bagi mengada hubungan persahabatan. Belanda bertindak melengah-lengah manakala Perak bernasib baik kerana pada masa sama Siam menumpu pertahanan mereka dari serangan Vietnam.
Perak pula berdepan perang saudara setelah kemangkatan Raja Mansor yang asalnya bakal mewarisi takhta. Sultan Mahmud melantik anak Raja Mansor bernama Raja Radin sebagai pengganti. Manakala Raja Inu dilantik sebagai Raja Bernam.
Setelah Sultan Mahmud Iskandar mangkat pada 1720 naik takhta adalah Raja Radin dengan gelaran Sultan Alauddin Mughayat Syah.
Kopitiam SR Airport
- - - - -
Entri asal geop 10/2016.
Selepas Sultan Muzaffar Syah II mangkat beliau diganti oleh anaknya yang bernama Raja Mahmud. Beliau menjadi Sultan Perak ke-11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Syah. Sultan Mahmud bersemayam di Geronggong. Baginda memerintah paling lama iaitu untuk tempoh 67 tahun.
Period pemerintahan Sultan Mahmud Perak tidak lagi di bawah Aceh. Sejak 1641 apabila pemerintah Aceh Sultan Thani mangkat Aceh berada di bawah perintah empat orang Raja perempuan secara bergilir dan mereka cuma berkuasa di Aceh semata.
Sungguh pun tidak lagi terlibat dengan
pemerintah Aceh namun pentadbiran Perak ketika period ini masih
berdepan dengan pergolakan yang timbul berkait perniagaan bijih timah
dengan Kompeni Belanda.
Sultan Mahmud Iskandar Syah meninggal dunia pada 1720 ketika usia 120 tahun. Beliau dimakamkan di Geronggong, Mukim Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah Marhum Besar Aulia Allah.
Circle K Mart, Airport SR
- - - - -
Bab 1 buku Islam dan Masyarakat Melayu Msia terbitan DBP oleh MRO membincang tentang pengislaman orang Melayu. Ada tiga isu utama yang dibincang mengenai pengislaman Melayu dan Nusantara. Pertama berkaitan siapa mereka yang berperanan penting memperkenal Islam kepada orang Melayu dan isu kedua bila pengislaman tersebut berlaku? Manakala isu ketiga bagaimana proses pengislaman Melayu berlaku dengan berkesan sehingga orang Melayu menerima Islam sebagai cara hidup mereka.
Isu yang menjadi polemik ialah adakah Islam diperkenal kepada Melayu datang dari India atau dari Tanah Arab? Bagi orientalis Barat mereka cenderung mengata Islam Tanah Melayu datang dari Benua Kecil India. Maksud di sebalik pernyataan Orientalis ini adalah untuk menyata bahawa Islam Tanah Melayu bukanlah datang dari sumber asal (dari Tanah Arab).
Antara rujukan yang dipetik adalah;
"Reconstruction of Malaysian History" terbitan oleh Syed Hussein Alatas tahun 1962.
Baca juga "Silencing as method: Leaving Malay Studies out (nus 2018/19 - link).
The roles of Malay in the process of Islamization of the Malay World. (iium - link).
"Notes on various theories regarding the Islamization of the Malay Archipelago" syed farid alatas 1985 - Afq folder D 2022 conversion to islam)
Islam in SE Asia reflection and new direction oleh anthony johns (cornell - link)
New light on the coming of Islam to Indonesia oleh G Drewes (researchgate - link)
Masjid Darul Aman BKK
- - - - -
Era pasca DEB boleh juga dipanggil period ketuanan Melayu seperti dibincang oleh KTP. Dalam era tersebut timbul beberapa isu mmenyangkut dengan pendidikan Cina khususnya apa yang diperjuang oleh kumpulan Dongzhong. Antaranya adalah isu pengwujudan sekolah integrasi yang diumum oleh Menteri Pendidikan Abdullah Badawi pada Ogos 1985. Yang pernah menjadi heboh adalah kewujudan Sekolah Integrasi di Teluk Sengat Johor.
Satu lagi isu yang timbul adalah tindakan KPM pada 1987 melantik guru-guru Cina tanpa kelayakan bahasa Cina sebagai pentadbir di SKJC. Pada bulan Ogos 1987 seramai 60 orang telah dilantik mengisi jawatan pentadbir SJKC. Susulan itu bantahan telah dibuat dan disertai sama oleh parti politik MCA dan Gerakan.
Isu tersebut mencetus bantahan yang berlarutan sehingga kerajaan bertindak menahan ramai tokoh terlibat dalam Operasi Lalang pada Oktober 1987.
Pada Ogos 1995 satu lagi isu timbul bila mana Menteri Pendidikan Najib Razak mengumum untuk menwujudkan sekolah wawasan. Cadangan tersebut turut menerima bantahan hebat kaum Cina.
Pool penginapan The Local Village
- - - - -
Dalam bab 3 m/surat 98 TKP memberi beberapa contoh tentang hubungan ketuanan melayu dengan bisnes dalam negara. Beliau menyebut bagaimana ahli bisnes Cina berurusan secara langsung dengan penaung-penaung dari Umno dan kerabat diraja. Antara contoh yang disebut adalah kejaKu Li tewas dalam perebutan Presiden Umno pada 1987 MUI mula menghadapi pelbagai rintangan. Tekanan politik dari Umno memaksa Khoo melepas pegangannya dalam MUI Bank yang paling banyak menyumbang keuntungan.
Begitu juga dengan kejatuhan Lim Thian Kit dan syarikat konglomeratnya Kamunting Corporation yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Kejatuhan tersebut adalah setelah pemecatan Anwar sebagai TPM pada September 1998.
Bentuk penaungan ini kemudian berkembang dengan usahawan bukan Melayu melantik ahli politik Umno dan bekas pegawai tinggi awam Melayu sebagai Pengarah atau Ahli Lembaga Pengarah. Tujuannya supaya mereka mudah mendapat peluang atau konsesi dalam perniagaan.
Corus Hotel Kl milik MUI
Kat London pun ada Corus Hotel.
Baca "MUI seeks buyer for Corus Hotel Hyde Park in London" the star 2019 (link).
- - - - -
Sebuah artikel yang mengaitkan Huatuan dan MCA. Artikel bertajuk "Persaingan antara MCA dengan Pertubuhan Cina: Dari perebutan kuasa kepimpinan masyarakat Cina kepada penentangan masyarakat sivil". Artikel oleh Thock Ker Pong tahun 2011.
Sumber jurnal ukm (link).
Premis Angkor Mart
- - - - -
Huatuan KL menganjur satu perjumpaan Kongres Tuntutan Hak Kerakyatan pada 27 April 1956 di Kuala Lumpur. dihadiri oleh 454 buah persatuan Cina dengan bilangan peserta melebihi seribu orang.
Sebelum itu pada 25 Disember 1951 telah ditubuh Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia atau lebih dikenali Jiaozong. Ia ditubuh sebagai kesan langsung Laporan Barnes yang membuat syor pemansuhan sekolah vernakular Cina dan Tamil.
Pada 22 Ogos 1954 tertubuh pula Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (juga dipanggil Dongzong). Secara koletif kedua gabungan pendidikan Cina tersebut digabung dengan nama Dongjiaozong. Mereka menjadi organisasi yang sangat berpengaruh memperjuang perkembangan masyarakat Cina Malaysia
Catatan buku KPM Pandangan Kaum Cina oleh Thock Ker Pong m/surat 33.
Premis Maybank, Siem Reap
- - - - -
Golongan Cina Baba Peranakan menubuh sebuah gabungan bernama Straits Chinese British Association (SCBA). Antara tokoh utama yang mempelopori SCBA adalah Lim Boon Keng, Song Ong Siang, Seah Liang Seah, dan beberapa oerang lagi.SCBA Singapura ditubuh pada 1900, Cawangan SCBA Melaka ditubuh pada 1900 manakala cawangan Penang ditubuh pada 1920. Salah satu objektif penubuhan SCBA adalah menggalak dan memastikan ketaatan ahli kepada Queen England.
Pendudukan Jepun 1941-1945 mengubah senario politik Malaya. Perkembangan nasionalis keetnikan memuncak sejurus bila Jepun kalah. Period 1945-1949 menyaksi zaman percambahan identiti kenegaraan komuniti imigran dan komuniti Baba. Tempoh 1950-1955 pula merupakan zaman transisi perubahan tersebut. Period 1956-1959 pula adalah zaman permulaan perubahan identiti kenegaraan secara agresif.
Perkara yang menjadi pencetus perubahaan nasionalisme kenegaraan adalah rancangan penubuhan Malayan Union 1946. Berikutnya penubbhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, penubuhan MCA 1949, dan kemudiaan kemerdekaan negara 1957.
Huiguan bermakna pertubuhan berasaskan dialek. Ada lima dialek utama Hokkien, Teochew, Kantonis, Hakka dan Hailam. Selain lima yang besar wujud juga kumpulan dialek Foochow dan Kongsai. Huiguan juga terbentuk dalam bentuk pertubuhan tokong dan tanah perkuburan.
Baca "SCBA". british empire (link).
- - - - -
Kebanyakan imigran Cina yang datang ke Malaya berasal dari Kwangtung (atau Guangdong) dan Fukien atau Fujian). Mereka berhijrah kerana keperitan hidup dan juga keadaan huru-hara yang berlaku di Selatan China. Semasa sampai dan berada di Malaya para imigran menubuh banyak persatuan dan pertubuhan sosial yang dilabe secara kolektif sebagai Huatuan.Pertubuhan sosial paling awal iaitu Huiguan ditubuh pada 1801. Menurut Thock Ker Pong dalam kata pengantar buku beliau "Ketuanan Politik Melayu Pandangan Kaum Cina" ramai imigran Cina yang datang kerana ditipu, dipaksa, dan diculik. Mereka dibawa masuk atas permintaan penjajah British untuk bekerja sebagai kuli lombong dan buruh di tapak penerokaan tanah.
Migrasi lebih awal telah mula berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka kemudiannya membentuk komuniti peranakan Baba Melaka, Penang dan Singapura. Sejak abad ke 18 pula telah terbentuk komuniti peranakan Cina di Kelantan. Seorang pengikut rombongan Cheng Ho ke Melaka bernama Fei Hsin melapor pada 1436 telah terdapat penempatan penduduk Cina di Melaka. Manakala di Singapura seorang pedagang Cina, Wang Ta-Yuan, melapor pada 1349 bahawa telah ada penempatan Cina di Singapura.
A boat arriving in Singapore with coolies, circa 1900
Baca "From Chinese coolies to Singaporeans". think china (link).
- - - - -
Hari ini mula menyelak buku "Conquering Everest: Do or die mission". Buku merupakam memeoir Azim Afif yang punya vivi mendaki Everest. Tidak tahu yang Azim ini memula rancangan mendaki Everest ketika beliau adalah pelajar Utm. Beliau belajar dalam jurusan Sains Komputer.
Semasa majlis pelancaran projek Everest turut hadir adalah Khalid Yunus beserta Ahmad Reduan Rozali. Ahmad Rezuan pernah berjaya mendaki Everest dua kali iaitu pada 2004 dan 2007. Pasukan Everest Utm mula berlatih pada Disember 2010. Latihan mendaki awal mereka adalah di Banjaran Titiwangsa melibatkan Gunung page47.
Great Mosque Lhasa
masjid yang dilawati oleh pendali Everest
sumber: trek earth (link).
- - - - -
Ada beberapa nama besar tokoh politik silam Sarawak. Antaranya adalah tokoh yang mewakili kaum Dayak keturunan Iban iaitu Temenggong Jugah anak Barieng (1903-1981). Beliau aktif dalam politik period sekitar Nama beliau sering di baca dari akhbar dan kadang kala dengar dari radio. TV belum ada
Temenggong Jugah adalah presiden pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak. Sebelum PPB Jugah menganggotai Parti Pesaka Sarawak dari 1963 hingga 1973. Beliau memegang jawatan tersebut period 1973-1975. Selepas Jugah mengganti beliau sebagai pengerusi PPB adalah Taib Mahmud.
Selain Temenggong Jugah ada seorang lagi tokoh Dayak Sarawak iaitu Jonathan Bangau. Beliau memegang jawatan Bendahari PPBB ketika period pimpinan Jugah. Namun tidak banyak info yang dapat diperolehi mengenai Jonathan Bangau.
Baca PPBB Sarawak (link).
Sebuah buku mengenai Temenggong Jugah
- - - - -
Period awal penubuhan Malaysia wujud beberapa pertelingkahan politik Sarawak. Pimpinan Sarawak waktu itu diketuai Ketua Menteri Stephen Ningkan. Antara pertembungan yang berlaku adalah isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan cadang sebagai diguna di sekolah. KM membantah cadangan Tunku yang mahukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah. Kerajaan Sarawak mencadang supaya dasar tersebut ditangguh sehingga 1973.
Beberapa tokoh lain yang turut bersuara dalam hal ini adalah pemimpin kaum Dayak keturunan Iban, Dunstan Endawie (1937-2014 wiki). Endawie pernah menjawat Duta ke NZ pada 1980-1982. Sebelum itu beliau adalah Timbalan KM Sarawak (1977-1979). Beliau juga menganggotai kabinet pertama Sarawak pada 1963 di bawah KM Kalong Ningkan mewakili SNAP.
Dunstan Endawie
Baca "Former DCM passes on at 78". borneo post 2014 (link).
- - - - -
Kabinet pertama terbentuk selepas pilihanraya negeri pada 1963. Kabinet dianggotai oleh;
(from left) Datuk Awang Hipni Pengiran Anu, Datuk Amar
Dunstan Endawie Enchana, chief minister Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong
Ningkan, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Teo Kui Seng, and Datuk Amar James
Wong.
Kabinet pertama Sarawak
- - - - -
Beberapa bahan bacaan mengenai Islam dan Muslim Sri Lanka;
"Buddhist-Muslim Religious Co-Existence in Sri Lanka: A Historical Analysis". jurnal iium 2022 - link.
"The genesis of the Muslim community in Sri Lanka: a historical summary". murdoch uni - link.
Discrimination and harassment haunt Sri
Lanka's Muslims. bbc dot com - link.
Five Things You Didn’t Know about Sri Lanka’s
Muslim Heritage. islamic relief - link.
Grand Jummah Mosque, Vavuniya
Baca like srilanka (link).
- - - - -