Sunday, September 11, 2022

Tuntutan Signifikan Huatuan 1956

 

Huatuan KL menganjur satu perjumpaan Kongres Tuntutan Hak Kerakyatan pada 27 April 1956 di Kuala Lumpur. dihadiri oleh 454 buah persatuan Cina dengan bilangan peserta melebihi seribu orang.

Sebelum itu pada 25 Disember 1951 telah ditubuh Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia atau lebih dikenali Jiaozong. Ia ditubuh sebagai kesan langsung Laporan Barnes yang membuat syor pemansuhan sekolah vernakular Cina dan Tamil.

Pada 22 Ogos 1954 tertubuh pula Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (juga dipanggil Dongzong). Secara koletif kedua gabungan pendidikan Cina tersebut digabung dengan nama Dongjiaozong. Mereka menjadi organisasi yang sangat berpengaruh memperjuang perkembangan masyarakat Cina Malaysia

Catatan buku KPM Pandangan Kaum Cina oleh Thock Ker Pong m/surat 33.

Premis Maybank, Siem Reap

- - - - -

No comments: