Saturday, September 17, 2022

Nasib Konglomerat Dan Tokoh Ketuanan Melayu


Dalam bab 3 m/surat 98 TKP memberi beberapa contoh tentang hubungan ketuanan melayu dengan bisnes dalam negara. Beliau menyebut bagaimana ahli bisnes Cina berurusan secara langsung dengan penaung-penaung dari Umno dan  kerabat diraja. Antara contoh yang disebut adalah kejaKu Li tewas dalam perebutan Presiden Umno pada 1987 MUI mula menghadapi pelbagai rintangan. Tekanan politik dari Umno memaksa Khoo melepas pegangannya dalam MUI Bank yang paling banyak menyumbang  keuntungan.

Begitu juga dengan kejatuhan Lim Thian Kit dan syarikat konglomeratnya Kamunting Corporation yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Kejatuhan tersebut adalah setelah pemecatan Anwar sebagai TPM pada September 1998.

Bentuk penaungan ini kemudian berkembang dengan usahawan bukan Melayu melantik ahli politik Umno dan bekas pegawai tinggi awam Melayu sebagai Pengarah atau Ahli Lembaga Pengarah. Tujuannya supaya mereka mudah mendapat peluang atau konsesi dalam perniagaan.

Corus Hotel Kl milik MUI

Kat London pun ada Corus Hotel.

Baca "MUI seeks buyer for Corus Hotel Hyde Park in London" the star 2019 (link).

- - - - -

No comments: