Friday, September 2, 2022

Kedatangan Imigran Awal Ke Malaya


Kebanyakan imigran Cina yang datang ke Malaya berasal dari Kwangtung (atau Guangdong) dan Fukien atau Fujian). Mereka berhijrah kerana keperitan hidup dan juga keadaan huru-hara yang berlaku di Selatan China. Semasa sampai dan berada di Malaya para imigran menubuh banyak persatuan dan pertubuhan sosial  yang dilabe secara kolektif sebagai Huatuan.Pertubuhan sosial paling awal iaitu Huiguan ditubuh pada 1801. Menurut Thock Ker Pong dalam kata pengantar buku beliau "Ketuanan Politik Melayu Pandangan Kaum Cina" ramai imigran Cina yang datang kerana ditipu, dipaksa, dan diculik. Mereka dibawa masuk atas permintaan penjajah British untuk bekerja sebagai kuli lombong dan buruh di tapak penerokaan tanah.

Migrasi lebih awal telah mula berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka kemudiannya membentuk komuniti peranakan Baba Melaka, Penang dan Singapura. Sejak abad ke 18 pula telah terbentuk komuniti peranakan Cina di Kelantan. Seorang pengikut rombongan Cheng Ho ke Melaka bernama Fei Hsin melapor pada 1436 telah terdapat penempatan penduduk Cina di Melaka. Manakala di Singapura seorang pedagang Cina, Wang Ta-Yuan, melapor pada 1349 bahawa telah ada penempatan Cina di Singapura.

 


A boat arriving in Singapore with coolies, circa 1900

Baca "From Chinese coolies to Singaporeans". think china (link). 

- - - - -

No comments: