Setelah mangkat Sultan Mahmud Syah (Sultan Perak ke-16), Marhum Muda iaitu adik beliau, Raja Alauddin ibni Sultan Muhammad Syah telah diangkat sebagai pengganti. Raja Alauddin memakai gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda. Beliau awalnya bersemayam di Pulau Indera Sakti namun kemudian berpindah ke tempat bernama Rantau Panjang. Nama tersebut kemudian menjadi Rantau Panjang Indera Mulia.
Detik British bermula dengan kunjungan seorang bernama Kaptain Forest dari Penang pada 1783. Beliau melawat Perak sambil meninjau gudang Belanda di Tanjung Putus, Teluk Anson. Kemudian Kaptain Forest singgah berkunjung berjumpa Sultan Alauddin sebagai tanda hormat. Beliau memberi hadiah kain sutera buatan Benggala. Sultan pula menghadiahkan buahan yang dimuat ke kapal Kaptain Frost.
Pada 1786 British membuka Pulau Pinang. Pada tahun yang sama Belanda datang semula ke Perak meneruskan niaga bijih timah dengan negeri Perak.
Sultan Alauddin Mansur Syah meninggal dunia pada 1786. Beliau dimakamkan di Teluk Memali dengan gelaran Marhum Sulung.
Lagi deretan gerai SR
- - - - -
No comments:
Post a Comment