Ada sedikit kekeliruan dalam tarikh takhta pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Benarkah period cuma sekitar 1742-1743? Senarai dalam wiki memapar bahawa Sultan Perak ke13 adalah Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752). Manakala Sultan ke14 adalah Sultan Muhammad Syah (1744-50). Bermakna ada pertindihan tarikh takhta. Makna lainnya ada dua sultan pada period 1744-1750.
Buku CS mencatat bahawa ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III berlaku konflik antara Baginda dengan adik beliau Raja Muda Muhammad Syah. Pada 1743 Raja Muda Syah yang disokong oleh beberapa pembesar diketuai oleh Bendahara telah diangkat menjadi sultan berpusat di Pulau Tiga. Gelaran beliau adalah Sultan Muhammad Syah. Manakala putera sulong beliau bernama Raja Iskandar sebagai Raja Muda. Sultan Muhammad Syah juga mendapat dokong puak Bugis pimpinan Daing Celak.
Konflik berakhir pada 1743 apabila Sultan Muhammad Syah (Raja Bisnu) bersetuju damai dengan Sultan Muzaffar Syah III (Raja Inu). Raja Bisnu juga bersetuju dengan cadangan melanti anak beliau Raja Iskandar sebagai Raja Muda Perak.
Sultan Muhammad Syah mangkat pada 1750 ketika Sultan Muzaffar Syah III masih memegang takhta. Sultan Muzaffar Syah III mangkat pada 1752. Beliau diganti oleh Raja Muda Iskandar yang memakai gelaran Sultan Iskandar Dzulkarnain Syah.
Bangunan bersebelahan Renaissance Hotel SR
- - - - -
No comments:
Post a Comment