Friday, January 27, 2023

Warga Imigran Ceylon Dan Ukur Tanah Di Malaya


Selepas sistem residen bermula Malaya mula didatangi oleh immigran Ceylon. Mereka menguasai pendidikan Inggeris dan mengambil peluang pekerjaan yang dibuka oleh British. Antara sektor yang terdapat ramai warga Ceylon bekerja adalah bidang teknikal termasuk ukur tanah. Disebut dalam buku "Sri Lankan Tamils in Malaysia 1885-1965" bahawa Jabatan Ukur atau FMS Survey Department mempunyai jumlah pekerja seramai 651 orang. Dari jumlah tersebut 550 adalah warga Asia dan selebihnya adalah expatriate bukan Asia yang tentunya ramai warga kulit putih. Dari kumpulan orang Asia tersebut separuhnya (50%) adalah warga Ceylon.

Buku tersebut juga menyebut nama beberapa juruukur warga Ceylon. Antaranya adalah A Vellupalai yang pernah bertugas di Kuala Kangsar dan Teluk Anson. Seorang lagi juruukur Ceylon bernama D Jeyasuria. Beliau terlibat banyak dalam kerja ukur untuk lombong-lombong di Daerah Larut. Nama juruukur Jeyasuria dinyata juga oleh Sir Hugh Low dalam jurnal beliau pada tahun 1877. Hal yang sama boleh dibaca dalam terbitan JMBRAS tahun 1957. 

Catatan bacaan buku Rajakrishnan Ramasamy m/surat 85.

Laguna

- - - - -

No comments: