Perang Larut II tercetus pada 1865. Sekali lagi Hai San memula tindakan kasar hingga seorang dari kumpulan Ghee Hin dibunuh. Pergaduhan berpunca dari pertengakaran di tempat judi. Keadaan menjadi lebih runcing bila mana kumpulan Hai San menagkap dan mengurung seramai 14 orang Ghee Hin. Tiga belas dari mereka dibunuh secara kejam oleh Hai San. Orang-orang Ghee Hin datang cuba menyerang kumpulan Hai San namun gerakan mereka terhenti kerana adanya kawalan kumpulan Melayu dihantar oleh Ngah Ibrahim. Ghee Hin jadi bertambah marah dan menuduh Ngah Ibrahim berpihak kepada Hai San. Sekali lagi Ghee Hin mengadu kepada British dan meminta mereka campur tangan. Namun pihak British masih menolak cadangan puak Ghee Hin. Perbalahan tersebut mengakibat kekalahan Ghee Hin dan berakhir bila mana Ngah Ibrahim menyuruh mereka berundur ke Penang.
The Loft Coffee
- - - - -
No comments:
Post a Comment