Long Jaafar diberi izin oleh Sultan Jaafar untuk membuka lombong di Larut. Turut menguasai hak izin melombong adalah anak Long Jaafar bernama Ngah Ibrahim. Sultan Jaafar juga menganggap Ngah Ibrahim sebagai anak angkat. Sultan juga berpesan kepada Ngah Ibrahim supaya menyokong anak beliau Raja Abdullah dilantik sebagai Sultan selepas beliau.
Long Jaafar melantik Low Ah Sam dari Penang sebagai agen mengerja lombong di Klian Pauh (nama lama Taiping). Ah Sam pula bergandingan dengan Chung Keng Kwee membentuk kumpulan Hai san di Penang. Keng Kwee berperanan membawa masuk kuli keturunan Hakka untuk mengerja lombong Klian Pauh.
Pada masa sama Ah Sam juga membuka lombong di satu lagi kawasan Larut iaitu Klian Bahru (kini Kamunting). Untuk lombong Klian Bahru Ah Sam membawa kuli dari Macao iaitu etnik Fui Chiew. Kuli yang melombong Klian Bahru membentuk kumpulan Ghee Hin. Bilangan orang Ghee Hin seramai 15,000 berbanding Hai San cuma seramai 3,000 orang.
Perang Larut Pertama tercetus sekitar 1861-1862. Pertembungan antara Hai San dan Ghee Hin berlaku dua kali. Dalam setiap pertembungan tersebut orang Hai San telah membunuh orang Ghee Hin. Ghee Hin mengadu kepada Ngah Ibrahim namun tidak berupaya menolong. Akhirnya Ghee Hin mengadu kepada British dan British meminta Sultan Jaafar membayar pampasan kepada Ghee Hin. Pampasan tersebut dibayar oleh Ngah Ibrahim.
Kaunter daftar masuk perlepasan
- - - - -