Wednesday, December 24, 2008

Tiada Penyeliaan Tesis 1994-1998


Sepanjang tempoh 1994 hingga 1998 saya langsung tidak menyelia seorang pelajar pun untuk kerja tesis tahun akhir.  Antara sebabnya ialah tiada pelajar yang berminat dengan topik analisa deformasi (selepas Ng Ah Lee). Hal ini berlaku kerana pelajar agak keberatan disebabkan kerja analisa deformasi melibatkan pengetahuan hitungan pelarasan least squares dan juga pembangunan perisian (computer programming). Selain faktor least squares dan pengaturcaraan komputer saya senaraikan beberapa perkembangan lain yang mendorong banyak tajuk tesis sebagai pilihan untuk dikerjakan.
  • Pelajar lebih teruja dengan perkembangan teknologi  Dengan adanya peralatan baru GPS maka banyak projek ukur GPS yang ditawarkan sebagai topik tesis.
  • Dalam masa yang sama kemunculan sistem maklumat GIS turut mencetus keperluan membangunkan berbagai aplikasi GIS. Maka ramai pelajar yang menumpu perhatian mereka kepada GIS sebagai tajuk tesis.
  • Selain itu pada tahun-tahun tersebut juga perkembangan teknologi maklumat berasaskan internet dan web mendominasi. Antara kesannya ramai pensyarah yang teruja untuk membangunkan aplikasi pengajaran dalam talian dan laman web. Hal ini juga membuatkan banyak tajuk tesis ditawarkan kepada pelajar.
  • Dalam bidang ukur kejuruteraan pula dalam tempoh tersebut  juga muncul teknologi ukur automasi atau from field to finish. Maka banyaklah peralatan baru berserta modul perisian pemprosesan secara automasi yang dibeli dan tersimpan di Makmal UKK. Hal ini menyebabkan banyak projek tesis yang dilaksana untuk menguji pakai sistem ukur automasi.
- - - - -

No comments: