Friday, December 12, 2008

Tesis Pelajar Ng Ah Lee (1993)


Semua pelajar tahun akhir akan berdepan dengan tugasan yang mencabar iaitu menyelesaikan tesis (atau kini dipanggil Projek Sarjana Muda ringkasnya PSM). Kalau ikutkan rentetan rekod yang ada pelajar pertama yang pernah menulis tesis BSurv di bawah kendalian saya ialah Ng Ah Lee. Beliau graduat pada tahun 1993 yang ketika itu mengikuti pengajian selama lima tahun di Fakulti Ukur (iaitu kelompok kelas 5 SUT).

Ng Ah Lee menyelesaikan tesis dalam bidang analisa ukur deformasi. Beliau telah menghasilkan pakej perisian analisa deformasi mengguna pakai dua kaedah utama iaitu Fredericton Approach dan Hannover Approach.

Cabaran besar pada ketika itu ialah keupayaan komputer yang terbatas, masih dengan platform DOS dan kapasiti RAM yang kecil. Namun beliau berjaya menghasilkan pakej perisian menggunakan Fortran yang boleh menganalisa deformasi untuk jaringan geodetik menggunakan cerapan konvensional - sudut mengufuk dan jarak. Tahniah Ng Ah Lee! Saya tak punya maklumat di mana dia sekarang. Semoga beliau berjaya dalam kariernya.



Tesis Ng Ah Lee (1993)
- - - - -

No comments: