Sebagai mengganti kekosongan tugas penyeliaan tesis pada period 1994 dan tahun-tahun berikutnya diisi pula dengan beberapa projek pengendalian bengkel (atau kursus pendek), projek perundingan dan juga penyelidikan. Pada tahun 1994 telah diadakan satu kursus pendek iaitu Bengkel Automation in Surveying: Theory & Practice. Bengkel ini berjalan selama tiga hari pada Jun 20-22, 1994. Peserta yang hadir adalah dari Jupem, Politeknik tempatan dan syarikat juruukur berlesen.
Bengkel ini memberi pendedahan mengenai Automation in Surveying iaitu satu amalan kerja ukur yang menekan kepada pengendalian kerja ukur secara automasi. Ia bermaksud proses kerja ukur disempurnakan secara digital bermula dari data ukur yang dicerap tidak perlu dibukukan sebaliknya disimpan dalam disket. Kemudian semua kerja prosesan dan editing hinggalah penyediaan pelan dilakukan secara elektronik.
Foto peserta bengkel bersama staf yang mengendali bengkel dan juga staf pentadbir Fakulti Ukur
- - - - -
No comments:
Post a Comment