Sunday, December 14, 2008

Rutin Larasan, Fredton dan Hannover (1993)


Entri ini adalah lanjutan yang semalam bertujuan menjelaskan tentang rutin perisian yang telah dihasilkan sebagai produk akhir. Terdapat tiga rutin hitungan yang telah dibangunkan iaitu Larasan, Fredton dan Hannover. Larasan ialah pakej hitungan untuk menyelesaikan pelarasan least squares bagi jaringan geodetik manakala Fredton dan Hannover ialah pakej untuk menganalisa deformasi masing-masingnya menggunakan pendekatan Fredericton dan Hannover.

Sebagai produk peringkat awal kesemua perisian yang dibangunkan ini ada limitasi mereka yang tersendiri. Sebagai contoh pakej Larasan limitasinya ialah pada saiz jaringan geodetik iaitu maksima 20 stesen manakala jumlah data cerapan sebanyak 140. Perisian Fredton pula analisanya terbatas kepada jaringan geodetik dengan bilangan stesen maksimum cuma 7. Kesemua limitasi tesebut adalah kerana kekangan keupayaan perhitungan dengan komputer ketika itu. Processor komputer yang dipakai waktu itu ialah Pentium 286 dan diguna bersama disket sebagai medium setoran.

Ditahun-tahun berikutnya fokus telah diberi kepada pakej Larasan dan Fredton untuk dikerjakan semula. Kedua-dua pakej tersebut telah dirombak dan diubah suai dengan memasukkan berbagai pembaharuan dan up-date untuk meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan analisa deformasi geodetik.


Pentium lama dan beberapa keping disket
- - - - -

No comments: