Period 1994 dan tahun-tahun berikutnya juga diisi dengan beberapa projek perundingan. Salah satu kerja perundingan yang dibuat ialah Projek Ukur Aras Jitu Jambatan Pulau Pinang. Klien projek ini ialah Syarikat Juruukur Ayob Saud (SAS) yang berpengkalan di Pulau Pinang. SAS pula memperolehi kerja tersebut dari syarikat konsesi yang bertanggungjawab mengendalikan Jambatan Pulau Pinang. Di peringkat Fakulti Ukur projek perundingan ini diketuai oleh Encik Shaharudin Mohd Said.
Projek Ukur Aras Jitu berjalan agak lama meliputi tempoh sebulan mungkin(?). Sudah lupa tempoh yang betulnya kerana ia dilaksana lebih dua puluh tahun lalu. Yang pastinya staf terlibat telah bergilir-gilir duduk di sana seminggu (kemudian diganti pula staf lain) dengan menyewa sebuah rumah di Kg Seronok, Bayan Lepas.
Sebagai mana amalan biasa ukur aras jitu hanya boleh dibuat pada awal pagi hinggalah jam 10 atau 11 pagi mengelak cuaca panas. Sekiranya perlu ia disambung pula sebelah petang pukul 4 hingga 6 atau 7. Waktu kerja juga bergantung pada keadaan pasang surut air laut. Waktu air surut susah kerjanya kerana paras bot terlalu rendah dan perlu guna tangga untuk memanjat sampai ke tiang jambatan. Ini suatu yang cuba dielakkan kerana bahaya.
Lawatan peninjauan projek ukur aras jitu Jambatan Pulau Pinang
- - - - -
Contoh titik aras yang terdapat pada setiap pillar
- - - - -
No comments:
Post a Comment