Tahun 1995 merupakan period aktif penglibatan dalam projek perundingan. Sebagai tambahan kepada tiga projek yang disebut sebelum ini ada satu lagi projek perundingan yang telah disertai dan ianya di luar Johor. Kerja yang dimaksudkan ialah Projek Kajian Kegagalan Struktur Pemecah Ombak di Terminal Eksport Gas Tanjung Sulong Kemaman.
Kerja ini melibatkan ukur pengawasan (atau monitoring survey) dibuat oleh pelajar ukur tanah yang ketika itu sedang dalam latihan industri. Pada ketika itu (i.e., tahun 1995) latihan industri pelajar adalah dikelola sendiri oleh Fakulti Ukur di bawah Unit Perundingan Ukur dan Latihan (UPUL). Penglibatan saya dalam kerja ini bukanlah sebagai staf UPUL tetapi diminta menyertainya sebagai penganalisa dalam kerja yang melibatkan analisa deformasi.
Pensyarah UPUL yang menjadi penyelia kerja sebenar projek ini ialah En Matharudin Yusoff dan En Radin Jayakasuma. Sepanjang tempoh kerja tersebut semua staf dan pelajar terlibat menyewa rumah di sebuah taman perumahan di kawasan Kemaman.
- - - - -
No comments:
Post a Comment