Era pasca DEB boleh juga dipanggil period ketuanan Melayu seperti dibincang oleh KTP. Dalam era tersebut timbul beberapa isu mmenyangkut dengan pendidikan Cina khususnya apa yang diperjuang oleh kumpulan Dongzhong. Antaranya adalah isu pengwujudan sekolah integrasi yang diumum oleh Menteri Pendidikan Abdullah Badawi pada Ogos 1985. Yang pernah menjadi heboh adalah kewujudan Sekolah Integrasi di Teluk Sengat Johor.
Satu lagi isu yang timbul adalah tindakan KPM pada 1987 melantik guru-guru Cina tanpa kelayakan bahasa Cina sebagai pentadbir di SKJC. Pada bulan Ogos 1987 seramai 60 orang telah dilantik mengisi jawatan pentadbir SJKC. Susulan itu bantahan telah dibuat dan disertai sama oleh parti politik MCA dan Gerakan.
Isu tersebut mencetus bantahan yang berlarutan sehingga kerajaan bertindak menahan ramai tokoh terlibat dalam Operasi Lalang pada Oktober 1987.
Pada Ogos 1995 satu lagi isu timbul bila mana Menteri Pendidikan Najib Razak mengumum untuk menwujudkan sekolah wawasan. Cadangan tersebut turut menerima bantahan hebat kaum Cina.
Pool penginapan The Local Village
- - - - -