FIG Working Week 2015 akan berlangsung di Sofia, Bulgaria pada pertengahan Mei ini. Jadual program dan sesi pembentangan boleh diperolehi dari website FIG. Dari senarai yang tertera boleh dilihat penyertaan pembentangan dari Malaysia berbanding jiran terdekat Indonesia. Ternyata Indonesia mempunyai penyertaan jauh lebih besar dari Malaysia. Hanya ada empat kertas pembentangan dari Malaysia - satu dari Jupem; satu dari LJT, satu dari UPM dan satu lagi gandingan Jupem dan UPM). Pembentangan dari Jupem dan juga LJT kedua-duanya ialah mengenai aktiviti Ukur dan Pemetaan Utiliti, manakala UPM tentang projek UAV. Satu lagi pembentangan ialah dengan tajuk hidrografi.
Indonesia menghantar jauh lebih banyak (bilangannya mungkin mencecah 20 pembentangan) dengan majoritinya dari team Professor Hassanudin ITB.
- - - - -
No comments:
Post a Comment