Saturday, May 30, 2015

Gravity field atmospheric effects - PhD TU Vienna


A new development in gravity field related research has been presented by research team from TU Vienna. The work finally was culminated into a PhD dissertation entitled "Atmospheric effects on measurements of the Earth gravity field". The thesis was submitted by Maria Karbon of the Department of Geodesy and Geoinformation, Vienna University of Technology and defended in 2013. The thesis committee were consist of Harald Schuh -GFZ (Principal SV), Johannes Bohm (Co-SV),  and Georg Gartner - Vienna TU, Frank Flecthner - GFZ, Bruno Meurers - Vienna TU.

The contents of thesis include - Introduction, The gravity field of the Earth, Atmospheric effects on the gravity of the Earth, Mathematical description of the de-aliasing model for GRACE and its validation, Atmospheric corrections for super conducting gravimeters, Summary, conclusions and outlook. The thesis can be download here).


Maria Karbon (b.1984) now works at Bonn Uni (link)  since 10/2017
was formerly at GFZ (link)
- - - - -

Friday, May 29, 2015

Readings on Geocentric Datum of Australia (GDA)


Australia has started using  the Geocentric Datum of Australia (GDA) since Jan 1, 2000.  The topics were discussed quite extensively even way back six years before it was implemented. One major impact when adopting geocentric datum is the problem of coordinate transformation from the old/existing coordinates system. Read the following papers to get ideas and to understand about GDA.

Manning, J & Harvey, WM (1994) Status of GDA. AS, 39(1):28-33
Steed, J (1995) The Geocentric Datum of Australia. Surveying World, 4(1):14-17
WEF (1994) An explanation of the GDA and its effects upon future mapping. Cartography, 23(2):1-12 & 24(1):43-44
WEF (1996) An revised explanation of the GDA and its effects upon future mapping. AS, 41(2):121-130

In the case of GDA the transformation was discussed with emphasis on the difference between conformal approach (which were commonly used in practice) against transformation using projective approach. Read the following paper which discuss about the prospect of both transformation approaches.

WEF (1997) A comparison of existing coordinate transformation models and parameters in Australia. Trans Tasman Surveyor, 1(2):25-34.
- - - - -

Thursday, May 28, 2015

Kuliah Falak Penentuan Kiblat


Satu kuliah khas mengenai Falak telah berlangsung petang tadi. Kuliah disampaikan oleh Tn Haji Sr Mohd Saupi bersempena tarikh peristiwa (matahari tegak atas Kaabah). Peristiwa ini bertepatan dengan cara yang disaran untuk penentuan arah Qiblat. Kuliah dihadiri oleh pelajar 2Sghu kelas astronomi, wakil kolej kediaman dan beberapa orang guru sekolah jemputan.


Sesi falak di DK 1 Fght

- - - -

Wednesday, May 27, 2015

Projek Felcra - Prospek LS Ukur


Pengerusi Felcra Datuk Bung Moktar mengumumkan beberapa projek besar yang akan dibangunkan oleh Felcra. di Melaka (Jasin), Langkawi,  Gombak dan Perlis. Projek di Melaka meliputi pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik dan pusat komersial di Seri Mendapat, Jasin. Projek di Gombak melibatkan pembangunan kediaman pangsapuri di Sg Pusu manakala di KL projek Menara Felcra di Jalan Semarak. Projek di Langkawi pula akan melibatkan pembinaan hotel lima bintang 450 bilik. Pembangunan di Perlis pula kolej kediaman pelajar di Unimap. Turut disenaraikan adalah projek pembangunan bercampur di Bukit Changgang Dengkil.

Apabila projek ini bermula pastinya memerlukan penglibatan kerja ukur dan para juruukur di syarikat LS akan mendapat kontrak kerja untuk melaksanakannya.



Petikan akhbar BH (27/5)

- - - - -

Monday, May 25, 2015

Last lecture - Pre analysis


The last lecture for deformation survey was delivered Monday (the last week of May). The topic of lecture is pre-analysis. Among the points discussed were the important of pre-analysis and its impact on displacement vector error ellipse  if neglected.


Lecture i


Lecture ii


Lecture iii

- - - - -

Friday, May 22, 2015

Mesyuarat Pembelian Peralatan Makmal


Satu mesyuarat membincangkan penilaian teknikal peralatan ukur untuk Jabatan Geoinformasi diadakan pada Khamis 21 Mei. Peralatan yang akan dibeli adalah GPR, digital lev dan GPS receiver. Pembelian diperolehi melalui dana dari KPM. Seramai tujuh ahli mesyuarat hadir daripada dua belas ahli yang disenaraikan.


Surat Panggilan Mesyuarat
- - - - -

Thursday, May 21, 2015

Majlis Israk Mikraj (MSI)


Pagi ini satu majlis sambutan Israk Mikraj dianjurkan oleh Pusat Islam UTM. Majlis berlangsung di Masjid Sultan Ismail mengisi slot kelas pengajian Quran pada setiap pagi Khamis.  Ceramah khas disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Johor. Turut diadakan dimajlis yang sama pelancaran Dana Ramadan dan Dana Waqaf Quran. Dimaklumkan di majlis berkenaan kos Quran terbitan Yayasan Restu Shah Alam ialah Rm50 sebuah.

Namun hanya sempat mengikuti program setakat jam 9 kerana ada meeting lain yang perlu dihadiri bermula jam 9.


Satu suasana indah Kashmir
- - - - -

Friday, May 15, 2015

Lawatan LI - Kuala Trengganu


Lokasi terakhir lawatan LI kali ini ialah Kuala Trengganu. Keluar dari tempat penginapan di Kota Bharu jam 9 pagi dan mengambil laluan Jertih, Besut, Permaisuri hinggalah ke Kuala Trengganu. Tiba di bandar KT sekitar waktu zohor.

Seramai dua pelajar mengikuti LI di Kuala Trengganu di bawah Jurukur Putra (Timur) Jalan Sultan Sulaiman. Selesai menemubual pelajar sempat juga berbual dengan LS Maideen di lobi luar pejabat beliau. Kemudian memulakan perjalanan pulang dan berehat untuk bermalam di Cherating.


Ruang Lobi Suria Resorts Cherating
- - - - -

Thursday, May 14, 2015

Lawatan LI - Tanah Merah


Lokasi lawatan LI berikutnya ialah Tanah Merah, Kelantan. Perjalanan dari Temerloh dimulakan selepas selesai sarapan pagi kira-kira jam 8 pagi. Lalauan yang diambil ialah menuju Kuala Lipis dan berhenti rehat di Gua Musang sekitar jam 12 tgh hari. Kemudian menyambung perjalanan dan sampai di Tanah Merah lebih kurang pukul 3 petang. Terus menuju ke tempat LI di Syarikat Jurukur Delima.


Syarikat Jurukur Delima

Program LI yang diikuti oleh pelajar di Tanah Merah bertumpu kepada projek ukur hakmilik melibatkan pecah bahagi tanah. Tiada pendedahan yang mencukupi dalam ukur kejuruteraan, topografi dan lainnya. LS yang terlibat juga tidak berpeluang di temui kerana berada di luar kawasan.

- - - - -

Wednesday, May 13, 2015

Lawatan LI - Temerloh


Hari berikutnya lawatan LI melibatkan perjalanan ke Temeroh. Mula bergerak dari UTM selepas sarapan lebih kurang jam 9 dan melalui Lebuhraya Plus exit Tangkak. Kemudian mengambil laluan ke Asahan, Gemenceh, Bahau hinggalah berhenti rehat dan solat zohor di Bera. Sampai di Temerloh dalam pukul 3 petang dan menuju terus ke tempat LI pelajar di Syarikat Jurukur Wawasan.


Signage Jurukur Wawasan

Selepas selesai menemubual pelajar LS Haji Khairon mempelawa minum petang di sebuah restoran berhampiran.
- - - - -

Tuesday, May 12, 2015

Lawatan LI - Johor Bahru


Sesi lawatan penyeliaan LI 3Sghu untuk kali kedua bermula pada 11 Mei selama seminggu. Untuk kali ini tugasan diberikan untuk menyelia lima pelajar yang menjalani LI sekitar Johor Bahru. Dua pelajar menjalani LI di Syarikat Juruukur Abadi Tampoi, dan masing-masing seorang di Larkin, Kempas dan Kulai. Sesi perjumpaan telah diatur diadakan di Makmak UKK FGHT.



Empat pelajar yang menjalani LI sekitar JB

- - - - -

Wednesday, May 6, 2015

FIG Sofia - M'sia vs Indonesia


FIG Working Week 2015 akan berlangsung di Sofia, Bulgaria pada pertengahan Mei ini. Jadual program dan sesi pembentangan boleh diperolehi dari website FIG. Dari senarai yang tertera boleh dilihat penyertaan pembentangan dari Malaysia berbanding jiran terdekat Indonesia. Ternyata Indonesia mempunyai penyertaan jauh lebih besar dari Malaysia. Hanya ada empat kertas pembentangan dari Malaysia - satu dari Jupem; satu dari LJT, satu dari UPM dan satu lagi gandingan Jupem dan UPM). Pembentangan dari Jupem dan juga LJT kedua-duanya ialah mengenai aktiviti Ukur dan Pemetaan Utiliti, manakala UPM tentang projek UAV. Satu lagi pembentangan ialah dengan tajuk hidrografi.

Indonesia menghantar jauh lebih banyak (bilangannya mungkin mencecah 20 pembentangan) dengan majoritinya dari team Professor Hassanudin ITB.

- - - - -