Heiskanen ternyata merupakan ahli geodesi yang bukan sahaja terkenal dengan bukunya Physical Geodesy tetapi juga berperanan besar dalam memperkembang kajian dalam perhitungan geoid. Ada beberapa tesis awal yang melibatkan hitungan geoid menggunakan data graviti dengan pemakaian formula Stokes yang melibatkan seliaan Heiskanen. Antaranya ialah tesis PhD oleh Reino Antero Hirvonen (1908-1989) seperti mana berikut;
Hirvonen RA (1934) The continental undulations of the geoid. PhD Dissertation, Publications of the Finnish Geodetic Institute 19, Helsinki.
Kajian tesis di atas dicadang sendiri oleh Heiskanen kepada Hirvonen yang ketika itu ialah staf bertugas di bawah seliaan Heiskanen. Geoid yang dihitung oleh Hirvonen melibatkan data graviti sebanyak 4500 titik.
Satu lagi sumbangan awal mengenai geoid ialah kertas ilmiah yang ditulis oleh Lauri Tanni "On the continental undulations of the geoid as determined from the present gravity material" pada tahun 1948. Tanni juga ialah staf yang bekerja dibawah seliaan Heiskanen di Isostatic Institute. Tanni menggunakan data graviti yang diperolehi sebanyak 13,000 titik pendulum berserta data gravimetri dengan bilangan yang melebihi kerja Hirvonen.
Dua contoh yang dinyatakan ini menyerlahkan budaya mentor-mentee yang berjaya dan berkesan pernah diamalkan oleh Heiskanen dalam bidang akademik geodesi.
Bergambar sebelah monumen Eotvos tokoh graviti Hungary di TU Budapest (link)
- - - - -
No comments:
Post a Comment