Wednesday, April 8, 2015

Karier Simo Laurila di OSU


Antara para penerima OSU's Heiskanen Award yang awal ialah Simo Heikki Laurila iaitu pada tahun 1965.  Laurila memperolehi BSc (1946), MSc (1948) dan seterusnya PhD dari Finland Institute of Technology pada 1953 (sumber). Dr Laurila memula karier di OSU pada 1956 sebagai Lecturer subjek Map Projection (sumber). Beliau sudah pun menerbitkan paper di Bulletin Geodesique mengguna affiliasi OSU seawal 1956 (Decca in off-shore survey - sumber) dan juga Decca in Geodesy di Symposium OSU pada 1953 (sumber). Beliau juga menghasilkan paper "On the shoran-photogrammetric position fixing" terbit dalam photogrammetria pada 1954 (sumber).

Pada tahun 1965 (tahun beliau menerima Heiskanen Award SA) Laurila telah menerbitkan sebuah buku "Expected instrument accuracy of microwave distancer" terbit sebagai OSU Report no 64 melalui OSU Research Foundation (sumber). Sebelum itu pada 1961 beliau telah mengenadalikan Symposium Geodesy in the Space Age di OSU bersama Weikko Heiskanen danCharles Whitten (sumber).

Pada era awal penubuhan program GS OSU kesemua professor datang dari Finland (Heiskanen, Hirvonen, Kukkamaki dan Laurila) bergilir-gilir mengajar selama setahun dua (sumber). Antara graduan PhD geodesi paling awal dari OSU ialah Clair E Ewing dari USAF iaitu pada 1955.


Buku oleh Simo Heikki Laurila (terbit pada 1983)
- - - - -

No comments: