Friday, April 24, 2015

Heiskanen, OSU dan Geoid


Heiskanen merupakan nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang cenderung untuk mengkaji physical geodesy. Beliau telah menerbitkan buku Physical Geodesy yang ditulis bersama seorang lagi geodesist ternama Helmut Moritz. Nama penuh beliau ialah Weikko Aleksanteri Heiskanen atau ada yang mengejanya sebagai Veikko Aleksanteri Heiskanen. Heiskanen memperolehi MSc pada tahun 1919 dan seterusnya PhD pada 1924 kedua-duanya dari Helsinki University.

Heiskanen memulai kerjayanya di Finnish Geodetic Institute yang ketika itu diketuai oleh ahli astronomi Ilmary Bonsdorff. Pada 1931 Heiskkanen berpindah ke Helsinki TU sebagai Professor. Pada 1949 kembali semula ke Finnish GI sebagai ketua menggantikan Bonsdorff. Namun pada ketika itu perang baru saja tamat dan keadaan kewangan amat meruncing di Finland.

Maka kesempitan tersebut membawa  Heiskanen berpindah ke Amerika kerana mendapat tawaran menubuhkan pengajian Geodetic Science di OSU. Di sanalah Heiskanen mula aktif dengan usaha penyelidikan gravity dan system geodetic global. Beliau mengusahakan pengumpulan data gravity dari berbagai institusi seluroh dunia. Usaha tersebut membolehkan beliau menghasilkan geoid global yang paling awal yang dinamakan Columbus Geoid pada tahun 1957 menggunakan data gravity dari sejumlah 49 negara.

Hasil kerja Heiskanen inilah merupakan asas berkembangnya pengkajian tentang geoid di OSU yang kemudiannya diteruskan oleh Professor Richard Rapp dan kumpulan penyelidik beliau.


Signage menunjukkan Lab Geodesi di Tallinn TU (link)
(tulisan bahasa Estonia - perhati lokasi Lab Geodesi A313)

- - - - -

No comments: