Sebuah lagi tesis Engineering Survey dari Nottingham Uni adalah "The measurement of spatial displacement by geodetic methods". Tesis oleh Alan Dodson. Namun versi digitalnya tidak wujud.
Tesis oleh Dodson ini menunjukkan bahawa topik mengenai analisa deformasi dengan kaedah geodetik telah bertapak sejak period awal tahun 70-an.
Bilik penginapan Nctu
source: archgon - my documents - my pictures
- - - - -
Matematik T2.
Pengalaman belajar subjek matematik ketika T2 adalah satu
yang menyeronokkan. Amat berbeza berbanding pengalaman matematik waktu T1.
Ketika T1 kelas matematik ialah di dewan kuliah besar. Ramai pelajar kerana
bergabung dengan kelas lain bersama pelajar kejuruteraan petroleum. Penumpuan
kepada yang mengajar pun kurang. Latihan dan ulangkaji memang tidak pernah
dibuat. Lebih teruknya kelas tutorial langsung tidak ambil hirau. Maka tidaklah
pelik peperiksaan akhir tidak mencapai gred dan terpaksa duduk kertas ulangan.
Belajar dari kepayahan waktu T1 maka masuk ke T2 dengan azam
baru. Mendapat pengajar yang baik menjadikan matematik T2 suatu yang menarik.
Selebihnya memang banyak masa ditumpukan membuat latihan dan mengulangkaji.
Satu lagi usaha yang dibuat ialah mencari semua kertas peperiksaan tahun-tahun
lepas dan cuba menjawab semua soalan. Maka belajar matematik kini lebih
konfiden. Akhirnya ternyata gred matematik pada T2 dapat A.
- - - - -
No comments:
Post a Comment