Bagi pengeluar Eropah, selain Wild dan Kern ada sebuah lagi syarikat pengeluar alat ukur iaitu Zeiss Jena. Syarikat ini berpengkalan di Jerman. Berbanding Kern dan Wild, Zeiss Jena tidak begitu meluas hebahan maklumatnya. Tambahan pula selepas perang dunia ke-2 Jerman terbahagi kepada dua wilayah dan kebetulan Zeiss Jena jatuh ke wilayah yang dikuasai komunis Russia.
Bagi mendapat info tambahan boleh lawati link berikut
pab-oto - menyenarai tachymeter produk Zeiss; produk level Zeiss (delhister); sedikit sejarah tentang Zeiss (delhister); pelbagai produk ukur keluaran Ziess (link); sejarah Zeiss (smithsonian); sejarah Zeiss hingga bertukar ke spectra geospatial (spectra geospatial).
Zeiss Elta2 (produk penghujung 70-an)
- - - - -
Blok J
Aktiviti pembelajaran dan hal akademik ukur tanah sepanjang
period dut adalah di sekitar Blok J. Makmal Ukur di situ, bilik kuliah di situ,
pejabat fakulti juga di situ. Dekan Ukur sepanjang masa tersebut ialah HT dan
pejabatnya juga di Blok J. Ketua Jabatan ialah AA. Sepanjang menjadi pelajar
tak lah pernah berurusan dengan dia. Selepas AA jawatan KJ dipegang oleh AWI
(ke Encik AR). Pejabat KJ bangunan tengah Blok J. Kalau tidak salah ingatan
hanya pernah sekali saja berurusan dengan pejabat am FU di Blok J iaitu ketika
menyelesaikan hal perjanjian dermasiswa JPA.
- - - - -
No comments:
Post a Comment