Syarikat peralat ukur Topcon yang berpusat di Jepun memulakan bisnes alat ukur pada tahun 1932. Pada awalnya fokus mereka adalah alat ukur untuk kegunaan militari. Pada period awal tersebut Topcon mengeluar peralatan transit sahaja (sekarang dikenali sebagai teodolit). Baca - topcon.
Menjelang 1965 barulah Topcon mula mengeluar alat teodolit model TL-10A dan model TL-20 pada 1967m. Seterusnya pada 1972 muncul pula model TL-10B dan TL-20S. Pada tahun 1977 Topcon mula mengeluarkan teodolit Model TL series. Pada tahun berikutnya, 1978, lebih banyak model baru dikeluarkan iaitu model AG-20P dan AG-30P.
- - - - -
Subjek Astronomi
Pertama kali belajar subjek astronomi adalah ketika T2.
Subjek astronomi dalam ukur ini bukanlah seperti astronomi dalam bidang sains
atau fizik. Astronomi dalam ukur adalah berkaitan dengan astronomi geodetic
iaitu bagi digunapakai dalam penentudukan. Pada peringkat dut fokusnya adalah
untuk kegunaan cerapan matahari bagi menghitung azimuth. Secara khususnya
amalan pemakaian cerapan matahari adalah untuk kegunaan dalam kerja ukur
kadaster.
Satu perkara yang menarik dalam subjek astronomi ialah tentang sferikal astronomi. Tiga sudut dalam segitiga astronomi tidak lagi menepati 180 darjah. Lebihan tersebut dalam astronomi amaunnya sekitar beberapa saat dan mungkin juga beberapa minit dan saat. Dalam subjek astronomi lebihan tersebut dipanggil spherical excess.
Pensyarah yang mengajar Astronomi ialah Encik SI lulusan dari NELP dan Oxon.
- - - - -
No comments:
Post a Comment