Pada pertengahan tahun 70-an buku Land Surveying oleh Ramsay Wilson amat popular diguna sebagai rujukan.
Land Surveying oleh Ramsay Wilson
- - - - -
Tidak lama selepas keputusan peperiksaan ulangan diumum maka bermulalah pendaftaran pelajar senior menyambung pengajian. Bermulalah T2 dut. Beberapa rakan dari kelas T1 tidak lagi bersama. Ada mereka yang terpaksa mengulang semula pengajian T1. Ada juga yang terpaksa meninggalkan pengajian kerana terkandas. Termasuk juga mereka yang dalam kategori mengulang T1 namun terkandas buat kali kedua. Termasuk dalam kategori ini ialah dua rakan yang bersama praktikal di Batu Gajah.
Subjek pada T2 akan memfokus terus kepada bidang ukur tanah. Subjek seperti ukur kejuruteraan, ukur kadaster, geodesi, astronomi dan ukur perhitungan menjadi teras. Namun subjek matematik masih kekal ada. Matematik T2 diajar oleh Tuan Ramli Saleh. Beliau datang ke kelas dengan membawa sebatang kapur saja. Sepanjang mengajar beliau menconteng papan hijau tanpa melihat sebarang nota rujukan. Hebat.
mm
- - - - -
No comments:
Post a Comment