Ada dua kerja amali teras yang terlibat pada T2 iaitu amali untuk subjek ukur kejuruteraan dan ukur kadaster. Bagi kerja ukur kejuruteraan lokasi kerja ialah di Taman Tasik KL. Manakala ukur kadaster dijalankan di lot-lot tanah sekitar Kampung Ulu Kelang.
Rutin amali dimulakan dengan mendaftar kedatangandi Makmal Ukur seawal 6.30 pagi. Staf yang bertugas waktu itu ialah Mr Bala, Encik Shafie dan Encik Tenuri. Mr Bala bertubuh besar. Dia seorang penganut Hindu yang kuat. Meja beliau penuh ditampal dengan kalendar dan beberapa keping gambar patung Hindu. Bila ada waktu lapang dia akan baca kitab kecil Hindu. Encik Shafie dan Tenuri amat baik orangnya. Bercakap lembut dan senang berurusan.
Siap mendaftar kedatangan pelajar ambil giliran pula untuk mengambil dan memeriksa segala peralatan amali. Siap semuanya maka bergerak ke tempat kerja dengan menaiki bas UTM. Beberapa nama pemndu bas yang diingat ialah Pak Ali dan Wak Jalal.
Kerja amali akan berjalan hingga sekita jam 11.30 pagi. Apabila siap kerja bas sudah siap menunggu. Sampai semula ke Makmal ukur untuk urusan memulang peralatan sekitar sejam selepas bas bergerak dari tempat kerja.
Teodolit Vernier
- - - - -
Teodolit Vernier version lama
- - - - -
No comments:
Post a Comment