Wednesday, September 20, 2006

Setem Pos Malaysia 1978

 

Ada enam keluaran setem pos malaysia pada 1978. Setem berkenaan adalah seperti senarai berikut: 

15 March: 2nd Board of Governors Meeting of the Islamic Development Bank

10 July: 4th Commonwealth Conference of Postal Administration

26 July: 4th Malaysian Scout Jamboree

30 September: Global Eradication of Small Pox

28 November: 100 Years of Natural Rubber

7 December: Opening of the New Town of Shah Alam as the State Capital of Selangor


Setem Perasmian Bandar Baru Shah Alam (1978)

- - - - -

Praktikal PUD Batu Gajah

Sesi T2 selesai sebaik tamat peperiksaan akhir pada sekitar April - Mei 1978. Berikutnya seperti mana pada T1 yang lepas pelajar dut perlu menjalani latihan amali di bawah pengendalian Jupem. Kali ini tempat latihan ialah masih tempat yang sama seperti tahun lepas - PUD Batu Gajah. Penyelia amali masih JUD yang sama Tuan Andrew Phang. Kali ini seramai tiga pelajar yang terlibat iaitu bersama dua pelajar tahun pertama. Mereka ialah Mat Bashah dari Parit dan seorang lagi tak ingat nama. Pelajar kedua ini dari Perak Tengah juga. Beliau ada saudara di PPegoh dan menumpang tinggal dirumah saudara tersebut.

Pengarah Ukur Perak pada 1978 masih Tuan Toh Swee Eng.

- - - - -

Sunday, September 17, 2006

Jurnal Marine Geodesy 1977-1978

 

Jurnal Marine Geodesy mula diterbitkan dengan Volume 1 pada period 1977-78. Ada dua keluaran pada tahun 1977 dan dua lagi pada 1978. Editor utama MG ialah Narendra Saxena. Keluaran pertama pada tahun 1977 meliputi tajuk berikut:

Geodetic measurements in the ocean oleh A George Mourad.; Mean sea level and the marine geoid - an analysis of concepts (Irene Fischer); Integrated navigation systems for precise positioning in the deep ocean (Karl Ramsayer); Deep water signature of a tsunami (TS Murthy); The advection effect of planetary vorticity on sea level slope in a western boundary current (Frank Chew)

Vol 1 Issue 2 pula adalah;

Marine Geodesy - a direction for the future (Hyman Orlin); Norwegian marine geodetic project (four authors); ARGO - a new system for offshore surveys (JE Ayres); Maritime limits and boundaries (Robert Hodgson); Marine Geodesy - A new discipline or the modern realization of an ancient endeavor? (Irene Fischer); Preliminary differences in Mean Water Level between tide gauges along the South American Pacific Coast (John A Bray)


MG versi kini

Nota tambahan:

Originally the term "Marine Geodesy" was widely understood as "Geodesy in the Marine Environment" and dealt primarily with two aspects: precise position determination at sea and determination of a fine structured marine geoid. However, mainly with the impact of satellite radar altimeter measurements, a new understanding began to develop: it became evident that the field of Marine Geodesy could not be treated adequately from geodesists alone but that it needed close cooperation with related disciplines such as oceanography and marine geophysics.  

(source - desktop from UQ - preface 1984)

- - - - -

Para pengajar pioneer

Antara para pengajar pioneer adalah Tuan Hj AHT (UNSW), Abdullah Ali (Oxford) dan AWI (Otago). Kumpulan kedua adalah mereka yang tamat dut pada 1972 dan menyambung ke nelp. Mereka adalah - ARAB, MISM, AS, TBM, MZD, dan MSML. Rakan LS dikalangan pioneer ini ialah NH Kota Bharu.

Kumpulan lainnya ialah MSMY, ALO, SI, KAR, MY, RJ, NJ. Seorang pengajar IY adalah lepasan ITB.

Staf yang tamat nelp tapi tidak kekal lama di utm ialah Zainul Rashid, Rosli Ahmad.

- - - - -

Friday, September 15, 2006

Tesis Pelarasan Jaringan dan Satellite Dopler 1977-1978

 

Memandangkan beberapa judul tesis telah disebut elok juga disenarai semua tesis engineering survey Uni of Nottingham sepanjang tempoh 1977 dan 1978. Dengan melihat senarai ini dapat kita tahu apakah topik kajian yang menjadi fokus pada period tersebut khususnya di Nott Uni, sebuah institusi yang baru muncul sebagai pelopor bidang surveying peringkat tinggi di UK. 

Senarainya adalah seperti berikut;

"Translocation and orbit relaxation techniques in satellite doppler tracking". Dick Sykes, 1979 - PhD.

"Satellite doppler: geocentric positioning of the triangulation of Great Britain". Richard Gough, 1978 - PhD.

"Shape, size and ill-conditioning of basic surveying and structural networks". David Shape Gregory, 1978 - MPhil.

Surface classification and interpolation for engineering digital ground models. John Strodachs, 1978 - PhD.

"Geodetic control networks: accuracy, reliability and systematic errors". Stephen Crane, 1977 - PhD.

"The measurement of spatial displacements by geodetic methods". Alan Dodson, 1977 -  PhD.

"The adjustment and strength analysis of the primary triangulation network of Nigeria". Neil J Field, 1977 - PhD.

Bermakna topik mengenai pelarasan jaringan masih menjadi cabaran pada period pertengahan 1970-an. Manakala satelit doppler mula mendapat perhatian di kalangan ahli geodesi.


Bilik G311

- - - - -

Pengajian T2 berakhir dengan baik. Peperiksaan diduduki dengan konfiden. Semua subjek dijawab baik dan meyakinkan. Bagi mencapai gred lulus memang boleh sangat. Kalau ada yang mencapai gred B sudah dikira elok. Apa lagi kalau mencapai gred A memanglah sangat teruja. Ya, kali ini matematik mencapai gred A. Alhamdulillah.

- - - - -

Tuesday, September 12, 2006

Tesis Alan Dodson 1977

 

Sebuah lagi tesis Engineering Survey dari Nottingham Uni adalah "The measurement of spatial displacement by geodetic methods". Tesis oleh Alan Dodson. Namun versi digitalnya tidak wujud.

Tesis oleh Dodson ini menunjukkan bahawa topik mengenai analisa deformasi dengan kaedah geodetik telah bertapak sejak period awal tahun 70-an.


Bilik penginapan Nctu

source: archgon - my documents - my pictures

- - - - -

Matematik T2.

Pengalaman belajar subjek matematik ketika T2 adalah satu yang menyeronokkan. Amat berbeza berbanding pengalaman matematik waktu T1. Ketika T1 kelas matematik ialah di dewan kuliah besar. Ramai pelajar kerana bergabung dengan kelas lain bersama pelajar kejuruteraan petroleum. Penumpuan kepada yang mengajar pun kurang. Latihan dan ulangkaji memang tidak pernah dibuat. Lebih teruknya kelas tutorial langsung tidak ambil hirau. Maka tidaklah pelik peperiksaan akhir tidak mencapai gred dan terpaksa duduk kertas ulangan.

Belajar dari kepayahan waktu T1 maka masuk ke T2 dengan azam baru. Mendapat pengajar yang baik menjadikan matematik T2 suatu yang menarik. Selebihnya memang banyak masa ditumpukan membuat latihan dan mengulangkaji. Satu lagi usaha yang dibuat ialah mencari semua kertas peperiksaan tahun-tahun lepas dan cuba menjawab semua soalan. Maka belajar matematik kini lebih konfiden. Akhirnya ternyata gred matematik pada T2 dapat A. 

- - - - -

Sunday, September 10, 2006

Tesis Effect of Refraction on Engineering Survey Measurement 1977

 

Pada period awal dan pertengahan 70-an EDM sedang rancak diperkenal sebagai instrumen untuk pengukuran jarak. Maka banyaklah kajian dan tesis yang dihasilkan untuk memahami tentang teknologi EDM. Sebagai contoh sebuah tesis Nottingham Uni bertajuk  "The effect of refraction on engineering survey measurements" oleh SJ Curl pada 1977. Seliaan oleh DJ Hodges.

Antara instrumen yang diguna pakai dalam kajian Culr adalah Geodimeter 6 (1974), Geodimeter 6 1975, Geodimeter 6BL, Geodimeter 700, Kern Mekometer ME3000, dan Tellurometer MA101.

Pada 1977 kesemua instrumen EDM yang diguna oleh Noot Uni belum ada di UTM dan di Malaysia.

Kandungan - The refractive index of air; The effect of refraction on EDM measurements; Equipment for the measurement of parametric parameters; The derivation of mean atmospheric parameters; The effect of refraction on vertical angle measurements;  The reduction of electronic distance measurements; Conclusions and recommendations.

Source - nott. Tesis lain yang selesai di Nott Uni boleh semak di sini - nott2.

Baca History of Geodimeter 1947-1997 oleh JR Smith di sini - geotronics.

Berbagai produk EDM Geodimeter silam boleh rujuk di Museum AGA - link.


AGA Geodimeter 6

- - - - -

Geodimeter 1977

source - military survey (link)

- - - - -

Pengurangan dan Pertambahan

Bilangan pelajar yang menerus T2 dut mengurang dan menambah. Mengurang kerana ramai yang terpaksa duduk semula mengulang pengajian T1. Antara mereka adalah pelajar perempuan KH dan ZMI; pelajar lelakinya ARS, MRMY dan beberapa lagi yang dah lupa nama. Pelajar yang dulunya mengulang dan masih gagal terpaksa berhenti pun ada. Antaranya MM (dari Melaka), MZ dan S (keduanya dari Perak dan bersama semasa praktikal di Pejabat Ukur BG).

Waktu pengajian T2 juga ada tiga staf PUO yang datang menyambung Diploma selepas tamat peringkat Sijil. Mereka adalah Z (dari Kelantan), AA dan KH (mereka dari Johor).


- - - - -

Wednesday, September 6, 2006

Syarikat Peralatan Ukur Zeiss Jena

 

Bagi pengeluar Eropah, selain Wild dan Kern ada sebuah lagi syarikat pengeluar alat ukur iaitu Zeiss Jena. Syarikat ini berpengkalan di Jerman. Berbanding Kern dan Wild, Zeiss Jena tidak begitu meluas hebahan maklumatnya. Tambahan pula selepas perang dunia ke-2 Jerman terbahagi kepada dua wilayah dan kebetulan Zeiss Jena jatuh ke wilayah yang dikuasai komunis Russia.

Bagi mendapat info tambahan boleh lawati link berikut

pab-oto - menyenarai tachymeter produk Zeiss; produk level Zeiss (delhister); sedikit sejarah tentang Zeiss (delhister); pelbagai produk ukur keluaran Ziess (link); sejarah Zeiss (smithsonian); sejarah Zeiss hingga bertukar ke spectra geospatial (spectra geospatial).

Zeiss Elta2 (produk penghujung 70-an)

- - - - -

Blok J

Aktiviti pembelajaran dan hal akademik ukur tanah sepanjang period dut adalah di sekitar Blok J. Makmal Ukur di situ, bilik kuliah di situ, pejabat fakulti juga di situ. Dekan Ukur sepanjang masa tersebut ialah HT dan pejabatnya juga di Blok J. Ketua Jabatan ialah AA. Sepanjang menjadi pelajar tak lah pernah berurusan dengan dia. Selepas AA jawatan KJ dipegang oleh AWI (ke Encik AR). Pejabat KJ bangunan tengah Blok J. Kalau tidak salah ingatan hanya pernah sekali saja berurusan dengan pejabat am FU di Blok J iaitu ketika menyelesaikan hal perjanjian dermasiswa JPA.

- - - - -

Sunday, September 3, 2006

Peralatan EDM Topcon 1976-1978

 

Syarikat Topcon mula mengeluarkan alat EDM pada tahun 1976 dengan produk pertama adalah Electric Distance Meter model DM-E1. Kemudian pada tahun 1978 Topcon mengeluarkan model DM C1.

Source - museum topcon - link.

    

Topcon EDM Model DM-E1 (1976) dan DM C1 (1978)

- - - - -

Ukur Perhitungan

Salah satu subjek ketika T2. Cabaran subjek ini adalah perlu menggunakan buku log tujuh angka untuk kerja perhitungan. Tebal buku log tersebut dan memanglah perlu diselak berkali-kali untuk selesai satu-satu kerja. Pada period mid-70’s memang sudah ada mesin kalkulator tetapi mungkin versi asas. Kalkulator tersebut belum cukup upaya atau hasil hitungan mesin kalkulator tidak mencapai ketepatan seperti mana diperlukan dalam kerja ukur perhitungan.

- - - - -