Tuesday, February 3, 2009

Penyelidikan Analisa Deformasi Vot 61833 (1995-1997)


Saya telah mengetuai satu projek penyelidikan analisa deformasi bertajuk "The Implementation of Fredericton Approach for the Analysis of Survey Pillar Stability in a Deformation Network". Projek ini telah dijalankan pada Julai 1995 hingga Ogos 1997 dengan mendapat biaya dari Research Management Center - RMC UTM.

Projek ini merupakan geran penyelidikan yang pertama berjaya saya perolehi melalui biayaan RMC. Pada ketika itu (pertengahan 90-an) belum ada penekanan universiti kepada staf untuk membuat kerja penyelidikan. Pada ketika yang sama tidak ramai staf yang mahu melibat diri dengan penyelidikan. Maka sesiapa saja yang memajukan proposal penyelidikan akan berjaya mendapat biayaan.
Projek ini memfokus kepada pemakaian kaedah analisa deformasi yang diperkenalkan oleh penyelidik UNB kampus Fredericton Canada yang diketuai oleh Prof Adam Chrzanowski. Maka sebab itu kaedahnya dinamakan Fredericton Approach.

- - - - -

No comments: