Sunday, February 8, 2009

Pengubahsuaian pakej Fredton kepada Fred (1997)


Satu daripada fokus projek penyelidikan vot 61833 ialah untuk mengimplemen semula perisian analisa kestabilan pillar yang telah dihasilkan oleh Ng Ah Lee (1993). Namun melihat kepada kekurangan dan limitasi yang ada pada perisian tersebut maka beberapa pembaikan dan pengubahsuaian perlu dikerjakan. Berikut adalah pembaikan penting yang telah dilakukan.

i). Pertama sekali perisian terdahulu beroperasi melalui sistem DOS maka penambahbaikan perlu dibuat supaya perisian tersebut dapat beroperasi dalam environmen window.
ii). Perisian yang lalu disediakan dalam tiga modul yang berasingan iaitu - modul Laras untuk hitungan LSA, modul Fredton untuk pemakaian pendekatan Fredericton. Pembaikan kedua yang telah dilakukan ialah menggabungkan Larasan dan Fredton ke dalam satu modul tunggal dan diberi nama baru Fred.
iii). Di samping itu ada satu lagi modul ketiga iaitu untuk pemakaian pendekatan Hannover.
Skop kerja dalam projek penyelidikan vot 61833 hanya menyentuh dua modul yang awal sahaja iaitu Larasan dan Fredton. Selain pembaikan dari segi membolehkan pengoperasian dalam environmen window pembaikan kedua yang telah dilakukan ialah menggabungkan Larasan dan Fredton ke dalam satu modul tunggal dan diberi nama baru Fred.

- - - - -

No comments: