Profesor Vanicek sudah bersara sejak tahun 1999 maknanya dah 16 tahun meninggalkan tugas akademik UNB. Beliau seterusnya di lantik sebagai Professor Emeritus pada 2002. Prof Vanicek merupakan tokoh geodesi fizikal yang telah menghasilkan pakej hitungan geoid - SH Geoid yang berasaskan kepada metodologi Stokes-Helmert.
Sunggoh pun sudah lama bersara namun beliau masih meneruskan kerja research khususnya mengenai geoid. Baru-baru ini beliau turut menyertai persidangan IUGG ke-26 di Prague, Republik Czech (iaitu negara kelahiran asal beliau). Tajuk pembentangan beliau adalah "Least Squares Downward Continuation, Fusion and Gridding of Airborne and Terrestrial Gravity Observations". Baca abstrak pembentangan di sini - iugg.
Prof Vanicek menyampaikan pembentangan di IUGG 2015
- - - - -
No comments:
Post a Comment