Thursday, August 20, 2015

Tahiti Geoid - Cheinway Hwang (2015)


Profesor Cheinway Hwang mengetuai Space Geodesy Laboratory (SGL) di National Chiao Tung University (NCTU) Taiwan. SGL adalah di bawah Department of Civil Engineering NCTU. Cheinway merupakan pakar dalam geodesi fizikal dan banyak terlibat dalam penyelidikan mengenai geoid dan oseanografi. Beliau memperolehi PhD dari OSU pada tahun 1991. Antara sumbangan besar beliau kepada Taiwan ialah merancang dan melaksana projek airborne gravity dan seterusnya menghasilkan geoid bagi Taiwan sekitar tahun 2006 hingga 2009.

Kepakaran SGL dalam melaksana pengukuran airborne gravity dan hitungan geoid telah membolehkan mereka menjalankan projek yang sama ke negara lain. Terkini Cheinway dan kumpulan geodesis Taiwan telah menghasilkan geoid untuk Kepulauan Tahiti. Projek ini juga melibatkan airborne gravity yang dilaksana sendiri menggunakan kepakaran Taiwan. Penerbitan mengenai Geoid Tahiti oleh Hwang (2015) ini boleh didapatkan di jurnal Earth Planet & Space - springer.
 

Dept of Civil Engineering NCTU
- - - - -

No comments: