Saturday, May 30, 2009

Penyeliaan Tesis (2003-2004)


Pada sesi 2003/04 seramai tiga pelajar berjaya menyiapkan tesis BSurv di bawah seliaan saya iaitu;

Ernyza binti Endot "Pembangunan perisian analisa deformasi Kaedah Fredericton".
Mohd Azwan bin Abbas "Pemakaian dan pemprosesan data geoteknik dalam kerja ukur deformasi".
Lee Cheh Hang "Penggunaan APSWin dalam ukur deformasi".

Ernyza memfokus kerjanya untuk memperbaiki rutin yang dibangun oleh Ng Ah Lee sebelum ini dengan mengubahnya kepada operasi window. Azwan pula cuba membangunkan rutin untuk memproses data yang diperolehi dari peralatan geoteknik.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat MSc di FGHT. Mohd Azwan mendapat penajaan dari Uitm sebagai staf akademik muda manakala Ernyza dan Cheh Hang dibiaya melalui vot penyelidikan Cimes.


Tasek Dal
- - - - - -

No comments: