Tuesday, August 12, 2008

Setem Malaysia 1982

 

Pada tahun 1982 ada sebanyak enam setem keluaran baru Malaysia:

10 April: 5th Malaysian Jamboree / 7th Asia Pacific Jamboree in Kelantan

8 August: 15th Anniversary of Association of Southeast Asian Nations

21 August: The Freedom of Palestine

31 August: 25th Anniversary of Independence

30 October: Traditional Games

26 November: Malaysian Handicraft




Setem Ulangtahun ke25 Kemerdekaan 1982

- - - - -

Selesai menduduki peperiksaan pertengahan sekitar April maka berakhirlah pengajian T3. Bermulalah cuti hujung tahun akademik sesi 1981/82. Seperti mana tahun-tahun lepas musim cuti hujung penggal T3 diisi dengan projek khemah ukur. Kali ini program khemah ukur diadakan di tapak binaan kampus utm skudai. Kawasan projek ialah di lokasi yang dikenal dengan nama Ladang Linden. Tempat penginapan ialah sebuah rumah estet lama yang masih boleh diguna pakai. Rumah tersebut adalah rumah kayu cat warna hijau. Terletak betul-betul di kawasan ladang kuda utm kini.

Aktiviti harian bermula dengan sesi minum pagi. Kadang kala pelajar akan dibawa dengan land rover ke sekitar gerai Batu 5 Tampoi. Selesai minum pagi terus masuk ke lokasi kerja di tapak pembinaan kampus baru. Melakukan kerja ukur kadastra dan ukur kejuruteraan.

Pada setiap malam pelajar sekali lagi dibawa keluar utk makan malam. Selalunya lokasi pilihan ialah warung jualan di sekitar Sungai Segget JB.

- - - - -

No comments: