Thursday, April 15, 2021

Ghent University Established 1817

 

Ketika mencari-cari bahan bacaan Ottoman terjumpa sebuah bacaan dari Ghent University. Apa istimewanya Ghent University? Ia sebuah university di kota Ghent, Belgium, di tubuh pada 1817. Pelajar47k manakala staff sekitar 15k - ugent.

GU juga membuka kampus di Songdo, Incheon, Korea pada tahun 2014. Sebanyak tiga program dikendalikan iaitu - Molecular Biotechnology, Environmental Technology, and Food Technology - link.

Antara graduan ternama GU adalam pemenang Hadiah Nobel berikut - Corneel Heymans (1938) and Maurice Maeterlinck, Leo Baekeland, Joseph Guislain, Walter Fiers, dan Marc Van Montagu, dan ada lagi.

Dari mana asal nama Ghent?

Most historians believe that the older name for Ghent, 'Ganda', is derived from the Celtic word ganda which means confluence. Other sources connect its name with an obscure deity named Gontia.

Archaeological research has proven that the earliest signs of human settlement in the Ghent area date back to prehistoric times. However, it was only during the Roman period that a community of note began to grow near the confluence of the two rivers Scheldt and Leie. In the Middle Ages, the Abbey of Saint Peter (later the Abbey of Saint Bavo) was founded and a 'portus' created for commercial activity (It is thought that the Flemish name 'Gent' derives from the Celtic 'Ganda', meaning ‘confluence’).

Source: visit flanders - link.

Read more - geop (link).

Ghent City

Baca "Five reasons why the City of Ghrnt is underrated". explorer - link.

Ten memorable things to do in Ghent: the gem of Belgium". tourist - link.

- - - - -

Tuesday, April 13, 2021

Astronomi Aimi Utm


Hari ini selesai pengajian seorang pelajar postgraduate yang memfokus dalam bidang astronomi. Suatu perkembangan yang cukup memberansangkan kerana amat jarang pelajar mencebur diri ke bidang astronomi. Tahniah Dr Aimi Musa.

Sesi Viva Aimi Musa

– – – – –

Saturday, April 10, 2021

Recent Geoid for India


Kajian dan usaha bagi menyedia geoid terkini bagi India sedang aktif dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini. Untuk mengikuti perkembangan geoid di India ada beberapa review paper yang boleh di rujuk. Antaranya adalah:

A gravimetric geoid model for India: challenges and current status – Ropesh Goyal et al, IUGG 2019.

Status of precise geoid modelling in India: a review – Ropesh Goyal et al, 2017 (source – rsgate)

Development of geoid model: a case study on Western India – SK Singh & Rajiv, 2018 (source – fig2018 turkey)

Development of high resolution gravimetric geoid for Central India – SK Singh PhD Thesis, 2007

Baca "Why India needs skilled geodesy expert". times of india 2021 - link.

Cadastral survey in West Bengal

– – – – –

Wednesday, April 7, 2021

Kajian Geoid Semarang Indonesia


Kajian mengenai geoid di Indonesia juga berjalan aktif. Selain usaha BIG untuk menghasilkan geoid terkini kajian dari akademik di uni seperti team di Gadja Mada terus berjalan. Antara rujukan terkini yang boleh dibaca adalah;

Geoid determination with Hotine’s integral based on terrestrial gravity data in Semarang City. Sabri, Leni Heliani, … IOP Publishing 2019. Source – link.

Universitas Negeri Semarang

- - - - -

Monday, March 22, 2021

Global Surveyors Day 2021


Global Surveyor’s Day disambut setiap tahun pada March 21. Pada tahun ini jatuh pada hari Ahad. Maka banyak organisasi seperti FIG yang menangguh sambutan ke tarikh 23 March.

Global Surveyor’s Day

– – – – –

Thursday, March 18, 2021

Tokoh Kartografi Dan Geografi Al-Idrisi (1100-1165)

Al-Idrisi dikenali sebagai seorang ahli geografi dan kartografi silam yang tersohor. Beliau merupakan orang yang terawal menghasilkan peta dunia. Beliau menghasilkan peta tersebut hasil kerja pelayaran yang dilakukan sekitar kurun ke-12.

Nama penuh al-Idrisi Abu Abdullah Muhammad al-Idris. Beliau lahir pada 1100 di kota Sabta atau Ceuta, Morocco. Tahun kelahiran al-Idrisi adalah setahun setelah berakhirnya Perang Salib Pertama iaitu pada 1099. Beliau dari keluarga kaya dan berharta. Maka pada usia belasan tahun lagi beliau telah mampu mengembara melihat negara luar. al-Idrisi telah menjelajah Lisbon  dan kemudian ke Cordoba dan seterusnya ke Damsyik Syria.

Ketokohan al-Idrisi sebagai pengembara telah sampai kepada pengetahuan King Roger II, pemerintah kerajaan Norman Sicily. Roger II mula memerintah Sicily pada tahun 1112. Pada ketika itu Roger II berusia 16 tahun. Bermakna Roger II dan al-Idrisi hampir sebaya umur.

Pada tahun 1138 King Roger II telah menjemput al-Idrisi datang ke Sicily. Roger II mencadang al-Idrisi sebuah projek yang dinamai Nuzhat al-Mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau dalam english “The delight of he who desires to travel to the ends of the Earth”. Penjelajahan al-Idrisi bermula dari Canary Islands di barat sehinggalah ke Negeri China.

Penjelejahan al-Idrisi berjalan sama dengan period Perang Salib Kedua yang berakhir pada 1149. al-Idrisi meneruskan kerja keras beliau mengembara dan menghasilkan peta berdasarkan penjelejahan beliau. al-Idrisi juga mencatat segala hal pelayaran tersebut dalam sebuah buku yang dinamakan Book of Roger. Beliau mempersembahkan buku Book of Roger kepada King Roger II pada 1154.

Bibliotheca Paris – sebuah institusi yang menyimpan penerbitan bersejarah

– – – – –

Sunday, March 14, 2021

Antara Sumbangan Astronomi Al-Biruni

Masalah astronomi yang cuba diselesaikan oleh al-Biruni ialah masalah berkaitan dengan pergerakan apogee dan kaitannya dengan perubahan hari dalam setahun. Penyelesaian al-Biruni dianggap terbaik kerana ada unsur baharu (novelty) dalam teori yang beliau ketengahkan. Teori beliau adalah kali pertama mengenengahkan konsep pecutan sebagai subjek analisis matematik.

Perlu juga baca “Al-Biruni and the theory of solar apogee: an example of originality in Arabic Science”. Artikel oleh Willy Hartner dan Matthias Scramm dalam Scientific Change, Oxford 1961.

Sebuah buku tentang al-Biruni

– – – – –