Sunday, December 3, 2023

Penjawat Awal VC UM Spore Dan UM

 

Universiti Malaya S'pore tertubuh pada 1949 melalui gabungan dua isntitusi iaitu King Edward VII College of Medicine dan Raffles College. 

The Medical School Singapore mula dibuka pada 18 Sept 1905 oleh Gabenor Sir John Anderson dengan nama 'The Straits Settlements and FMS Medical School'. Pada 1912 ia menerima sumbangan $120,000 (14,000 Pound) dari King Edward VII Memorial. Kemudian pada 1913 nama bertukar kepada King Edward VII Medical School. Pada 1920 nama bertukar lagi kini kepada King Edward VII College of Medicine.

Raffles College ditubuh pada 1928 dan dibuka secara rasmi pada 1929 oleh Sir Hugh Clifford.

VC pertama UM Spore adalah Dr George V Allen yang sebelum itu adalah Pengetua King Edward VII College of Medicine. Beliau melepas jawatan pada 1952 kerana terpaksa pulang apabila isteri beliau sakit. Kemudian VC dipegang oleh Sir Sydney Caine dari 1952 hingga 1956.

Selepas dua VC era sebelum kemerdekaan ini VC pertama yang direkod adalah Alexander Oppenheim yang memegang jawatan pada 1956 hingga 1965.

Baca juga wiki - link.

National Maritime Museum, Greenwich

- - - - -

No comments: